Melaka, 5 Ogos – Penggerak Seni Berbudaya USIM kali ini menyantuni 50 warga Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA), Durian Daun, Melaka melalui  Jaulah Kesukarelawanan Semarak Siswa MADANI: One Day Community Care Program anjuran Pusat  Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan yang telah berlangsung di.

Program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara mahasiswa USIM dengan komuniti dan menerap nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dalam kalangan komuniti.

Keunikkan One Day Community Care yang dilaksanakan merangkumi  tiga pengisian utama iaitu; One Personal Touch, One Motivation Pocket dan One Art Therapy. One Personal Touch merupakan sesi khidmat personal mahasiswa dengan anak-anak RKTAA untuk yang membantu urusan harian dan seumpamanya. Membantu urusan harian mereka bermula dari rutin seperti mendekati mereka dengan metod mendidik  dalam penghayatan solat, membimbing menyiapkan kerja sekolah dan seumpamanya. Kanak-kanak yang menyertai program ini berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun.

Menekankan aspek motivasi dan kerohanian dalam diri anak-anak RTKAA melalui permainan dan tugasan dalam kumpulan yang berteraskan kesenian dan kebudayaan dan sesi ini dinamakan One Personal Motivation. Kesemua pelajar USIM dan kanak-kanak yang terlibat menyertai program ini yang dijayakan oleh Karyawan Seni USIM, Dato’ Nash dengan tajuk ‘Kita Bertuah Lahir di Bumi Merdeka.’ Melalui slot tersebut, kesemua peserta diberi penerangan dan pendedahan bagaimana untuk tampil sebagai insan yang menghargai kemakmuran negara yang dikecapi kini. Peserta turut diberi suntikan untuk meningkatkan kesedaran bahawa sebagai rakyat Malaysia, semua generasi memainkan peranan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kita amat bertuah lahir di bumi Malaysia kerana terdapat pelbagai agensi yang mengambil berat tentang masalah yang berlaku dalam diri. Apa yang terjadi sekarang bukanlah kunci kegagalan kita tapi adalah kunci kejayaan untuk masa depan, katanya untuk memberi inspirasi kepada anak-anak RKTAA supaya sentiasa berusaha dan berjaya dalam hidup.”  Ujar Dato’ Nash mengakhiri bicara beliau.

Antara kesenian yang diajar kepada penghuni Rumah Kasih Tun Abdul Aziz.

Menerusi  sesi One Art Therapy anak-anak RTKAA didedahkan tentang kesenian dan kebudayaan oleh kelab-kelab seni budaya. Antara kesenian yang dilaksanakan oleh pelajar USIM melalui pemindahan ilmu ialah  seni khat, tarian tradisional, nyanyian, perkusi, nasyid, dikir barat  dan sebagainya. Ini bertujuan mendedahkan komuniti istimewa ini kepada persembahan Seni Berbudaya dan kemahiran menggunakan seni sebagai terapi diri.

Acara penutup pada petang itu diserikan dengan persembahan khas dari Karyawan USIM iaitu dari Dato’ Nash dan Siso Kopratasa. Ditampilkan juga persembahan istimewa dari Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed.

Ismail Ahmed ketika berucap di Majlis Penutupan Jaulah Kesukarelawanan Semarak Siswa MADANI: One Day Community Care.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, “JAULAH ODCC berjaya dengan mencapai objektifnya kerana kami dapat melihat senyuman dan keceriaan di wajah anak-anak RTKAA. Semoga apa yang disampaikan dan dikongsikan dapat memberi kebahagiaan, harapan dan dorongan kepada anak-anak RTKAA yang telah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup mereka.”

Beliau juga berharap agar aktiviti yang dijalankan memberi kesan dalam diri mahasiswa USIM kerana dapat memperbaiki diri, mensyukuri segala kelebihan dan menambahkan lagi semangat kesukarelawanan dalam diri untuk membantu dan membimbing masyarakat. Sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan mahasiswa USIM dengan komuniti.

Pengetua RTKAA dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Melaka turut hadir untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:
Musfirah Hussin
Ejen Berita
Kelab Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan USIM