UNIT-UNIT

Unit Pentadbiran (UP) merupakan nadi bersama tiga unit yang berada di dalam Pusat Kebudayaan USIM yang bergerak seiring dalam membangunkan aktiviti Seni Berbudaya. UP bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran seperti pengurusan kewangan, urusan surat menyurat, dan pengurusan mesyuarat pentadbiran serta Munaqashah Mingguan (Mesyuarat Mingguan). Turut terlibat dalam penyelarasan Program Pemantapan Organisasi (O-PRO) serta penyediaan kelengkapan dan prasarana kerja serta fasiliti seni yang kondusif.

Dalam mempertingkatkan penjenamaan Pusat Kebudayaan USIM serta kompetensi kakitangan,  Unit Pentadbiran telah menyelaras amalan perkongsian pagi sebelum memulakan tugasan iaitu Awamirus SobahAmalan tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah secara taranum bayati dan diikuti dengan bacaan doa. Selepas itu perkongsian ilmu pengetahuan yang dinamakan Daily Dose of Knowledge (DOSE) yang membolehkan setiap kakitangan menyampaikan pengetahuan umum melalui tajuk yang dipilih dan seterusnya perbincangan tugasan dan pergerakan harian kakitangan dan Pengarah.

Dalam setiap gerak kerja pentadbiran, UP sentiasa mencari pembaharuan agar misi PKB USIM sebagai Peneraju Seni Berbudaya tercapai dan menjadi rujukan di peringkat Universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

“Mereka yang berjaga adalah mereka yang selalu menciptakan perkara baru serta mencari cara untuk membuat peningkatan.” – Mark Zuckerberg. Dalam mendepani cabaran revolusi perindustrian, Unit Pembangunan Multimedia dan Keusahawanan Seni (UPMK) menggariskan tiga peranan utama. UPMK berperanan memastikan aktiviti tahunan berimpak tinggi (showcase) dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti PKB USIM perlu mempunyai dokumentasi visual dari segi foto dan multimedia yang sempurna. UPMK terlibat secara langsung dalam usaha pengembangan jualan produk Seni Berbudaya dan aktiviti promosi agar produk seni semakin dikenali. Justeru itu, dua (2) bentuk inovasi telah diwujudkan iaitu LeadTV@USIM dan KedaiBudaya.com bagi mendokong peranan UPMK.

LeadTV@USIM ialah sebuah laman interaktif baharu yang menggunakan platform YouTube TV yang dilancarkan bagi menginspirasikan masyarakat melalui pendekatan Seni Berbudaya. LeadsTV@USIM mengandungi empat (4) segmen iaitu Leads Iqra’, Leads Budaya, Leads Inovasi dan Leads Komuniti.

KedaiBudaya.com pula merupakan sebuah inovasi platform e-commerce atau medium perniagaan atas talian yang bertujuan untuk mempromosi dan jualan produk Seni Berbudaya Pusat Kebudayaan USIM.

UPMK turut bertanggungjawab menyelia dan mengemaskini medium media seperti Facebook, Instagram, TikTok, Flickr dan YouTube rasmi bagi memastikan penyampaian maklumat pusat sentiasa di hadapan,

Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif (UPDPK) sentiasa berusaha untuk menerajui perekodan dan mempunyai satu sistem dokumentasi yang baik. Bermula dengan penyimpanan senarai aktiviti tahunan, penulisan berita program PKB USIM, perekodan data pencapaian, jumlah penglibatan peserta dan kemahiran insaniah pelajar melalui 7 elemen, dokumentasi pengeluaran akhbar di media cetak dan secara online serta kos penjenamaan USIM di media melalui berita yang memaparkan aktiviti Seni Berbudaya USIM. Kini, UPDPK melebarkan skop fungsi ke arah penerbitan produk berbentuk CD album dan buku hasil karya kreatif Karyawan Seni USIM, Sasterawan Negara dan mahasiswa serta karya kreatif PKB USIM sendiri.

Dalam meningkatkan penjenamaan PKB USIM, UPDPK juga membantu melalui reka bentuk poster, e-kad, sijil dan infografik program. Pada tahun 2018, dua produk PKB USIM berjaya didaftarkan sebagai hak cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kini, UPDPK sedang dalam usaha menambah empat lagi pendaftaran beberapa jenama produk PKB USIM di MyIPO. Di samping berfungsi menyimpan arkib jabatan, UPDPK juga sentiasa berusaha menambah direktori kepakaran tokoh tanah air dalam pelbagai bidang kerana dengan cara meluskan perkenalan dan jaringan sudah pasti ilmu kita akan bertambah data pengetahuan kita meningkat.

Unit Pengurusan Persembahan Seni (UPAPS) merupakan sebuah unit yang memberi tumpuan kepada pengurusan acara, perkhidmatan seni dan khdmat rundingan mengenai persembahan dalam sesesbuah penganjuran program atau konsert yang diadakan di dalam USIM. Unit juga turut menguruskan latihan kesenian dengan menggunakan pendekatan Modul seni Budaya yang telah dibangunkan oleh Pusat Kebudayaan USIM. Di samping penyelarasan persembahan di USIM, UPAPS berpengalaman menjayakan program kolaborasi bersama agensi luar seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri Sembilan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dan beberapa badan korporat yang lain.

Selain menyediakan perkhidmatan persembahan dan khidmat rundingan mengenai seni dan budaya, UPAPS terlibat dalam menyediakan perkhidmatan sistem audio dan lampu untuk program kesenian yang diadakan dalam dan luar Universiti. Perkhidmatan sewaan kostum juga sering menjadi permintaan pengguna dan turut menjadi penyumbang kepada penjanaan di jabatan.