FASILITI

PERKHIDMATAN

Panggung Budaya

  • Panggung Budaya digunakan oleh pelajar khususnya kumpulan-kumpulan Seni Budaya untuk menjalani latihan bersama ahli kumpulan dan jurulatih.
  • Panggung Budaya turut digunakan sebagai studio fotografi dan video serta program yang berbentuk wacana ataupun bual bicara
  • Panggung Budaya juga mampu memuatkan maksimum 70 orang mengikut kesesuaian program yang dijalankan seperti bengkel dan kursus.

Panggung Rakaman

  • Panggung Rakaman mempunyai kelengkapan rakaman untuk vokal dan mampu menempatkan 10 orang pada satu-satu masa
  • Panggung Rakaman ini telah dinaik taraf dan kini mencapai standard yang setara seperti studio rakaman di luar.

Panggung Seni

  • Panggung Seni digunakan sebagai pentas persembahan bagi program utama seperti Spektrum Seni, Persembahan Puisi dan sebagainya
  • Panggung Seni juga digunakan sebagai tempat latihan bagi kumpulan-kumpulan Seni Budaya bersama ahli kumpulan dan jurulatih
  • Panggung Seni juga mampu memuatkan maksimum 100 orang mengikut kesesuaian program yang dijalankan

Galeri Seni

  • Galeri Seni Pusat Kebudayaan USIM mula beroperasi sejak Jun 2008 bersempena dengan perpindahan Bangunan Hal Ehwal Pelajar sementara ke Bangunan tetap Hal Ehwal Pelajar pada Mei 2008.
  • Berfungsi sebagai salah satu lokasi untuk dilawati oleh pengunjung dalam dan luar USIM khususnya untuk mendapatkan maklumat awal mengenai kebudayaan dan kesenian USIM.
  • Galeri Seni ini juga merupakan pusat sumber dan rujukan yang memuatkan dokumentasi visual dan bertulis program seni budaya anjuran dalam dan luar Universiti.

SISTEM AUDIO

  • Pusat Kebudayaan USIM menawarkan perkhidmatan sewaan PA Sistem Khas untuk semua warga USIM dan orang awam yang ingin melaksanakan program seperti majlis makan malam, sukaneka, wacana, bengkel dan sebagainya dengan pakej-pakej berpatutan seperti berikut :

PAKEJ I  : SPESIFIKASI

  • Yamaha Powered Mixer 12ch
  • Alto TX12 Active Speaker
  • Wired Microhone
  • Wireless Microphone

PAKEJ 2  : SPESIFIKASI

  • RCF HD 12-A Active Speaker
  • RCF HD 10-A Active Speaker
  • Soundcraft Digital Mixer 24ch
  • Wired Microphone
  • Wireless Microphone

PAKEJ 3  : SPESIFIKASI

  • RCF HD 12-A Active Speaker
  • RCF HD 10-A Active Speaker
  • RCF Art-512 Active Sub-woofer
  • Soundcraft Digital Mixer 24ch
  • Wired Microphone
  • Wireless Microphone

KOSTUM

  • Pusat Kebudayaan USIM menawarkan pakej sewaan kostum dengan kadar yang berpatutan khas kepada semua pelajar dan kakitangan USIM.

FOTOGRAFI

  • Pusat Kebudayaan USIM turut menawarkan pakej fotografi kepada semua warga USIM dan orang awam dengan pakej yang berpatutan dan studio yang kondusif