Pusat Kebudayaan USIM mengambil inisiatif dan beriltizam untuk menjadi Peneraju Seni Berbudaya atau Leader in Good Cultural Arts dan meletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN

PENCAPAIAN & KECEMERLANGAN

FASILITI & PERKHIDMATAN

FASILITI & PERKHIDMATAN

PRODUK SENI BERBUDAYA

KedaiBudaya.com

LEADSTV

LEADSTV

PENASIHAT PRODUK SENI
KARYAWAN SENI USIM
IKON SENI USIM
KUMPULAN KESENIAN

Jemputan Persembahan & Aktiviti Pusat Kebudayaan USIM

Hebahan & Makluman

Pencapaian Pelajar

TESTIMONI ALUMNI

Saya mula menyertai Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) ketika di semester kedua Tamhidi pada tahun 2008 sehinggalah tamat peringkat Sarjana Muda pada tahun 2013. Sejujurnya saya sangat bersyukur dan bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Pusat Kebudayaan USIM. Terlalu banyak ilmu, kemahiran ‘soft skills’ dan pengalaman bernilai yang saya dapat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penglibatan saya bersama UKP. Daripada seorang yang agak pasif, saya mula mencabar diri untuk keluar mencari keyakinan diri berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai.

Graduan 2013 • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan • Kumpulan Kesenian Tarian (Fansuri)

MUHAMMAD ZULHUSNI AMIRULMOMININ, PEGAWAI PSIKOLOGI, IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

Dalam kerjaya kini, saya perlu melaksanakan pembangunan dan operasi sistem berkaitan penguatkuasaan dan juga urus tadbir organisasi bahagian ini. Bagi memastikan ianya berjalan lancar, perlu ada kreativiti dalam kepimpinan dan komunikasi supaya amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Di sinilah saya menggunakan ilmu ditimba hasil sepanjang di PK USIM sejak tahun 2008 hingga tamat pengajian pada tahun 2012. Bermula dengan ahli koir dan muzik moden melalui penglibatan saya di dalam acara dan majlis rasmi universiti.

Graduan 2012 • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan • Kumpulan Kesenian Muzik Moden

NORSHAHRIL BIN SABARUDDIN, PEMBANTU PENGUATKUASA, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

Saya telah menjadi ahli kumpulan Nasyid Intracksee dan mewakili USIM ke pertandingan Nasyid antara Universiti di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2010. Pelbagai kejayaan dan pengalaman telah saya peroleh antaranya melayakkan diri ke peringkat akhir Bintang asli Remaja Kebangsaan pada tahun 2009. Kini, pengalaman dan tunjuk ajar yang saya terima sepanjang berada bersama dengan Pusat Kebudayaan USIM ini saya manfaatkan di dalam kerjaya saya sekarang di mana sebagai Guru Pendidikan Islam, saya telah membimbing pasukan Nasyid dan berjaya mendapat tempat ketiga di Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor. Kecemerlangan ini juga diteruskan apabila saya ditempatkan di negeri Sarawak di mana pasukan yang dibimbing oleh saya mendapat Naib Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Sarawak.

Graduan 2011 • Fakulti Ekonomi dan Muamalat • Kumpulan Kesenian Nasyid (Intracksee)

MOHD IMRAN KAMARUDIN, GURU, SK TAMAN TAMPOL UTAMA

Ibarat keluarga kedua saya di sini. Begitu banyak pengalaman yang saya tidak mampu perolehi selain di bilik kuliah. Saya dilantik sebagai ketua kumpulan Intracksee dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Semasa memimpin Intracksee dan ianya mendidik saya belajar tentang pelbagai kemahiran, terutamanya dalam kepimpinan, komunikasi, pentadbiran, selain terus membina diri yang lebih yakin, berdaya kreatif serta bertanggungjawab. Masih segar diingatan apabila berpeluang bertemu dengan karyawan seni, artis dan penggiat seni tanah air.

Kini, bertugas sebagai eksekutif operasi di Fantastic Food Factory membuatkan saya tidak gusar dalam menguruskan hal berkaitan pentadbiran. Pengalaman yang diperolehi di USIM banyak mendidik saya dalam berfikir secara rasional dan membina kematangan diri.

Graduan 2015 • Fakulti Sains dan Teknologi • Kumpulan Kesenian Nasyid (Intracksee)

FARHAN NAJMI ABDUL RAHIM, EKSEKUTIF OPERASI, FANTASTIC FOOD FACTORY

BULETIN PUSAT KEBUDAYAAN

PELAJAR USIM NIK FARUQI NAIM KEMBALI KE PENTAS SDPK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEDUA

TERENGGANU, 25 Julai – Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi juga daripada kumpulan KHUPAS Angkatan Seni Budaya sekali lagi membuktikan kewibawaannya dalam bidang seni dekalamasi puisi apabila berjaya merangkul Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) ke-40 Peringkat Negeri Terengganu 2026. Pertandingan berprestij yang [...]

USIM RAIH PELBAGAI KEJAYAAN DI FESTKUM 2026

PULAU PINANG, 24 Mei – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi meraih beberapa kejayaan membanggakan pada Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FESTKUM) 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Mei di Pulau Pinang. Antara pencapaian cemerlang USIM ialah kejayaan Abdul Rasmin Sagal Abdul Rahman yang dinobatkan sebagai Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi [...]

PELAJAR USIM RAIH ANUGERAH PEMAIN GERETEH TERBAIK DI PERTANDINGAN RENTAK IRAMA NUSANTARA FESTIVAL CAKLEMPONG 2026

BANGI 23 Mei - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah kejayaan membanggakan apabila saudara Muhammad Afif Syafiq Bin Abu Samah yang merupakan ahli dari kumpulan Tingkah Irama Pusat Kebudayaan meraih Anugerah Pemain Gereteh Terbaik dalam pertandingan Rentak Irama Nusantara: Festival Caklempong 2026. Kejayaan cemerlang ini turut menyaksikan USIM muncul sebagai naib [...]