KELAB PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI

Pengurusan seni adalah sebuah badan pengurusan pelajar yang bernaung dibawah Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan kesenian ini ditubuhkan pada tahun 2006. Merupakan kumpulan kesenian yang amat penting di bawah Pusat Kebudayaan dalam melaksanakan perbagai aktiviti seperti membantu Pusat Kebudayaan untuk melaksanakan agenda dan takwim yang telah dirangka dan membantu dalam menguruskan ke semua kumpulan kesenian yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan semasa pertandingan, persembahan dan sebagai jemputan.

Selain itu, ia membantu menyediakan tenaga kerja untuk program-program kesenian di bawah Pusat Kebudayaan dan menjadi perantara antara Pegawai-pegawai Pusat Kebudayaan dan kumpulan-kumpulan kesenian yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan bagi menjamin kelancaran sesuatu aktiviti yang dijalankan serta merancang, menggerak, melaksana serta memantau segala aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi para pelajar dan Universiti.

Secara amnya, ia memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti pelajar. Di samping itu, turut juga memainkan peranan utama sebagai wakil kepada Pusat Kebudayaan dalam mengetengahkan seni di kalangan pelajar USIM.

Kumpulan Nasyid Lelaki merupakan salah sebuah kumpulan kesenian dari 16 kumpulan di bawah kelolaan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Kumpulan ini turut dikenali dengan nama INTRACKSEE. Ditubuhkan  pada awal bulan Julai tahun 2007,  kini Intracksee telah hampir mencecah 10 tahun sejak penubuhannya. Dianggotai lebih dari 20 orang ahli yang terdiri daripada mahasiswa USIM dan terus berkembang dari generasi ke generasi mengikut tahun pengajian di USIM.

Antara matlamat dan objektif Intracksee ditubuhkan adalah untuk mengangkat martabat seni suara khusus dalam genre nasyid supaya ianya setanding dengan genre2 muzik yang lain . Disamping itu , Intracksee juga ditubuhkan atas dasar untuk menggilap bakat mahasiswa USIM dalam bidang seni suara ini . Selain daripada menyampaikan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan nilai-nilai murni , Intracksee juga menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam kalangan ahlinya .

Kumpulan nasyid Intracksee ini dikendalikan oleh artis nasyid tanah air , Huzaimi Zaini dari kumpulan Nowseeheart. Sepanjang hampir 10 tahun penubuhan , beliau banyak berjasa atas segala pencapaian Intracksee dalam bidang nasyid.

Kumpulan Azra (nasyid perempuan) merupakan sebuah kelab kesenian di bawah unit Urus Setia Kesenian Pelajar yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiap tahun, Azra akan mengadakan sesi ujibakat dan pada tahun 2016, Azra telah memiliki ahli seramai 44 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 4. Azra telah dilatih oleh seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang nasyid iaitu Encik Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini. Beliau bukan sahaja seorang ahli kumpulan nasyid NowSeeHeart, bahkan seorang pakar motivasi.

Selain itu, nasyid moden juga merupakan kelebihan bagi kumpulan Azra namun begitu, lagu-lagu tradisi juga mampu disampaikan dengan baik. Kumpulan ini juga memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian Islam kepada warga USIM serta masyarakat luar.

Akhir sekali, menyediakan platform bagi mahasiswi USIM mengasah bakat seterusnya menyebarkan dakwah melalui medium seni suara.

Sebuah kumpulan seni vokal di Pusat Kebudayan Universiti Sains Islam Malaysia. Terdiri daripada 57 orang mahasiswa dan mahasiswi yang bergiat aktif dalam kumpulan seni koir ini. Kumpulan ini diajar oleh seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Azizul yang mengajar pada setiap hari khamis bertempat di Studio Latihan Pusat Kebudayaan USIM.

Objektif kumpulan ini adalah untuk melahirkan seseorang yang mengetahui teknik nyanyian dengan betul dan bagi mangasah bakat nyanyian secara berkumpulan serta menghubungkan intergrasi aqli dan naqli.

Kumpulan seni merupakan kumpulan yang melakukan persembahan di majlis konvokesyen dan majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan USIM. Kumpulan ini adalah kumpulan yang bernyanyi secara nyanyian berkumpulan.

Sebelum tahun 2009, USIM pernah memiliki kumpulan dikir barat yang diberi nama Tabuh Pendita. Namun, penubuhannya tidak bertahan lama. Bermula tahun 2009, pasukan dikir barat ditubuhkan kembali. Namun nama kumpulan terpaksa diubah sedikit bagi membezakan kumpulan yang sebelum iaitu Tabuh Pendeta. Tabuh Pendeta mengambil maksud bertabuh (berdikir) Pendeta (pendikir yang cerdik). Akronimnya pula, TARIKAN BUDAYA MELALUI PENDEKATAN TAABUDIYAH.

Sewaktu ditubuhkan, jumlah ahli sekitar 10 orang. Latihan pada waktu itu dibuat di Sutera indah (kini sudah menjadi kediaman untuk perempuan). Penubuhan awal, untuk memasuki sebuah pertandingan, ‘ Festival Seni Kebudyaan Universiti Malaysia (FESTKUM) ‘ yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ahli semakin bertambah disamping latihan yang konsisten. Pencarian tok jogho serta tukang karut giat diadakan. Pembimbing utama untuk kumpulan ini ialah Encik Sulhi (abe Yi) dan Encik Muhammad (abe Mat). Objektif penubuhan pada waktu tersebut hanyalah untuk menyertai pertandingan. Masa berganti masa, dengan terbentuknya sebuah kumpulan yang lengkap termasuk tok jogho dan tukang karut, awak-awak serta pemuzik, kumpulan ini diteruskan wujud dengan harapan berdakwah melalui seni. Inilah yang membezakan kumpulan dikir barat bawah Pusat Kebudayaan USIM dengan kumpulan dikir barat yang lain berbeza.

Tabuh Pendeta kini semakin melangkah jauh. Moga ia dapat kekal di sini (USIM) selamanya. Hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain melalui seni.

Perkusirama merupakan sebuah kumpulan seni di dalam kelab Urusetia Kesenian Pelajar di bawah bimbingan Pusat Kebudayaan USIM. Ditubuhkan pada tahun 2008. Ahli-ahlinya terdiri daripada mahasiswa USIM dan dilatih oleh jurulatih yang paling awal, Encik Syahrizan Sahamat dari Aswara. Kemudian diganti oleh Encik Muhammad Syamil bin Misnan.

Objektif kumpulan seni ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru dalam instrumen muzik perkusi dan mempelajari cara memainkan alat perkusi dengan betul. Selain itu, dapat mengetahui instrument muzik perkusi moden dan tradisional.

Kumpulan seni ini berfungsi untuk membuat persembahan bagi sesuatu program yang dijalankan. Di samping itu, ia juga membantu kumpulan-kumpulan seni yang lain membuat persembahan serta membantu dalam pengurusan.

Kumpulan seni cak lempong terdiri daripada empat orang pemain. Pemain terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti dan tidak hanya tertumpu kepada pemain perempuan sahaja. Antara objektif penubuhan kumpulan seni adalah untuk melahirkan pelajar yang berjiwa seni di kalangan pelajar USIM. Seterusnya dapat meneruskan legasi tingkah irama seiring dengan arus pemodenan zaman kini.

Selain itu, fungsi kumpulan seni adalah bagi memenuhi permintaan persembahan untuk acara keramaian seperti majlis konvokesyen dan program-program anjuran universiti. Kumpulan ini juga berfungsi untuk terus membudayakan warisan melayu tradisional agar tidak ketinggalan zaman dan dikenali anak-anak muda zaman kini.

Secara keseluruhannya, kumpulan ini adalah untuk menarik minat pelajar USIM mengenai warisan melayu tradisional dan menggilap bakat-bakat baru pelajar USIM.

Kumpulan fansuri ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah pengelolaan Cikgu Aajaz. kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk mengajar seni tarian tradisional yang mengikut garis panduan islam kepada masyarakat. Kumpulan ini ditubuhkan untukmemberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mengenali tradisi melayu.

Selain itu, fungsi kumpulan ini adalah mengajar para mahasiswa dan mahasiswi mengenai seni tari tradisional orang melayu dan dapat menarik minat mahasiswa dalam bidang tarian tradisional melayu. Seperti yang kita tahu, tarian melayu adalah satu seni yang telah sekian lama dipraktikkan dalam budaya orang melayu.

Kumpulan seni ini mengajar para pelajar mengenai tarian-tarian tradisional melayu seperti tarian zapin, tarian joget, tarian minang dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, para pelajar dapat menjiwai tarian melayu tradisional dan dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar-pelajar USIM.

Terdiri daripada 20 orang ahli yang disaring dan dipilih secara terus oleh guru kelab Tarannum dan Qasidah sendiri iaitu Ustaz Husaini Bin Mahmur yang rata-ratanya sudah mengetahui akan ilmu tarannumnya. Fungsi utama adalah menjadi keutamaan untuk mewakili universiti dalam menyertai Ihtifal atau pertandingan-pertandingan yang dianjurkan samada di dalam mahupun luar USIM.

Antara tujuan utama disebalik penubuhan kumpulan seni ini ialah memastikan kelangsungan pengajian ilmu tarannum dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di USIM, selaras dengan konsep GIINA yang sudah sememangnya diterapkan kepada mahasiswa mahasiswi di USIM. Selain itu, mendedahkan kepada mahasiswa mahasiswi akan seni tarannum yang asli dan bersanad melalui tenaga pengajar yang berautoriti dan berkemampuan dalam bidang seni suara dan juga tarannum itu sendiri.

Di samping itu, menjadi platform untuk pelajar-pelajar yang dilihat berbakat untuk diketengahkan lagi di peringkat yang lebih tinggi dan menjadi suatu role-model kepada pelajar-pelajar lain dalam meninggikan darjat Al-Quran itu sendiri, melalui seni suara yang telah tercipta sejak zaman Nabi Allah Daud lagi.

Seterusnya, memartabatkan seni Al-Quran yang sangat bernilai disisi Islam dalam menzahirkan ketinggian, keunikan dan kemukjizatan Al-Quran.

The Bachelors merupakan sebuah kumpulan seni muzik di dalam kelab Urusetia Kesenian Pelajar di bawah bimbingan Pusat Kebudayaan USIM. Ditubuhkan pada tahun 2008. Ahli kumpulannya terdiri daripada mahasiswa USIM dan dilatih oleh jurulatih dari ASWARA; Encik Izmer.

Antara objektif penubuhan kumpulan seni ini adalah untuk mencari bakat-bakat muda dalam instrument muzik moden. Selain itu, dapat mempelajari teori dalam muzik serta dapat menggilap bakat seni muzik dalam ahli kumpulan.

Kumpulan seni berfungsi membuat persembahan bagi setiap program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan seni dapat melahirkan pelajar yang mahir dalam memainkan muzik moden seiring dengan perkembangan dan arus pemodenan zaman kini dan agar pelajar-pelajar tidak ketinggalan zaman.

Diberi nama Q-VOU merupakan singkatan kepada ‘Quadro Voices of USIM’. Terdiri daripada 3 atau 4 orang yang akan menyampaikan persembahan nyanyian dan vokal suara. Mula ditubuhkan ketika Festival Seni USIM 2014 (i-FESSEM’14). Kumpulan ini juga membawa persembahan nyanyian berkonsepkan kotemporari serta moden.

Objektif kumpulan ini adalah untuk merialisasikan impian ‘Peneraju Seni Berbudaya’ dalam setiap kelab kesenian di bawah USIM. Kumpulan ini berfungsi sebagai penyampai mesej aqli dan naqli dalam bentuk persembahan nyanyian dan vokal selari dengan misi USIM iaitu intergrasi ilmu aqli dan naqli dalam kalangan pelajar USIM.

Kumpulan ini juga membuat persembahan nyanyian bagi program-program yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan USIM. Kumpulan ini juga dapat melahirkan penyanyi vokal yang berjaya di USIM.

KELAB PENERBITAN KREATIF

KELAB MULTIMEDIA DAN KEUSAHAWANAN SENI

Kumpulan Seni Khat Khufi Farisi atau nama lainnya Kelab Seni Khat Khufi Farisi di bawah kendalian Urus Setia Kesenian Pelajar merupakan sebuah kelab atau kumpulan yang berdaftar di bawah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada tahun 2006.

Tenaga pengajar atau ustaz yang mengajar pada masa itu ialah Ustaz Muhammad Asrak bin Haji Mohd Osman. Beliau merupakan penolong pengarah bahagian pentadbiran di Jabatan Pentadbiran merangkul Ketua Unit Hal Ehwal Islam di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Pada tahun 2010, Ustaz Asrak telah tamat kontrak dengan Pusat Kebudayaan USIM lalu kelab khat ini telah menerima tenaga pengajar yang berasal dari Melaka iaitu Ustaz Mohammad Firdaus bin Mahadi.

Ustaz Mohammad Firdaus merupakan alumni USIM dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Al Quran dan As Sunnah. Ustaz Firdaus berkerjaya sebagai penulis khat sepenuh masa di Malaysia. Ustaz Firdaus telah banyak berjasa kepada USIM dalam bidang pengkaryaan khat antaranya, logo إقراء di bulatan besar USIM adalah hasil tulisan tangan beliau. Beliau merupakan tenaga pengajar Kelab Seni Khat sehingga kini

Khupas merupakan Kumpulan Penyair Nasional dan kumpulan ini baru ditubuhkan secara rasmi pada 9 Oktober 2016 di kediaman Sasterawan Negara ke -6, YBhg. Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan ia juga merupakan program pertama Khupas yang dinamakan  Program Sembang Pohon Keranji.

Khupas memfokuskan kepada program khidmat komuniti (CE) untuk membantu golongan- golongan yang kurang upaya seperti pesakit kanser, autism, disleksia, warga emas dan lain-lain komuniti.

Khupas berhasrat menumpukan kepada usaha membantu komuniti melalui gabungan (sastera dan budaya) dan menjadi Peneraju Sasdaya Komuniti dalam jangka masa 10 tahun. Kumpulan puisi ini yang terdiri daripada penyair- penyair tanah air dan pelajar universiti yang mencintai sastera dan budaya yang ditadbir urus di bawah Pusat Kebudayaan USIM.

Ejen Berita merupakan kumpulan yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan masih bergiat aktif sehingga kini. Kumpulan ini juga diberi pendedahan tentang dunia penulisan dan kewartawanan.

Ejen Berita ditubuhkan bertujuan untuk melatih dan menyuntik minat serta semangat mahasiswa untuk tampil sebagai individu holistik, berkarisma dan penuh kredibiliti dalam bidang penulisan dan kewartawanan.

Selain itu, ianya bermatlamat untuk menjadi ejen penyampai dan penyebar berita yang tepat dan padat khususnya buat masyarakat USIM. Objektif lain adalah membentuk dan melahirkam graduan holistik dan berdaya saing tinggi.

Ejen Berita bertindak sebagai medium perhubungan antara kampus dan media luar. Selain itu, ianya juga menghasilkan hasil penulisan yang dapat disalurkan kepada media cetak dan eletronik. Tugasan yang diambil oleh kumpulan ini ialah liputan berita bagi program di dalam dan luar kampus.

Pena Emas adalah salah satu daripada kumpulan seni lukis di bawah naungan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2007, di bawah naungan Pusat Kebudayaan USIM yang di mana juga membawakan pelbagai lagi kelab-kelab ataupun persatuan-persatuan penggiat seni yang lain seperti tarian, alat muzik moden dan tradisional, lakonan, nyanyian, puisi dan lain-lain.

Kumpulan Seni Lukis Pena Emas ini membawakan moto ‘inspiration from heart’sebagai falsafah identiti penghasilan hasil-karya seni lukisan yang lahir hati para penghasil karya. Sehubungan itu, ianya diketuai oleh saudari Nurul Nasuhah Razali sebagai pengarah kumpulan dan mempunyai lebih kurang 30 orang ahli di dalamnya.

Objektif penubuhan kumpulan adalah untuk memartabatkan seni lukisan di dalam pelbagai medium sebagai satu wadah penyampaian dakwah kepada komuniti dan mengangkasa seni berbudaya menerusi seni lukisan. Selain itu, kumpulan ini berfungsi menawarkan perkhidmatan penghasilan seni lukisan yang bermutu dan berdaya saing dari segi harga dan kualiti.

Apa itu ATRA? ATRA merupakan ringkasan bagi Akademi Teater Rupawan Asli. Kumpulan ini di tubuhkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan berbakat dalam bidang lakonan. Selain itu, ATRA juga mendedahkan kepada pelajar seni pementasan teater.

Seni pementasan teater terdiri daripada, penulisan skrip, pengarahan sesebuah teater, sinografi, prop, teknikal dan pelbagai lagi. Dalam istilah yang mudah, pementasan teater ini memerlukan kerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan sesebuah pementasan teater itu sendiri. Setiap elemen dalam teater sangat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah pementasan itu berjaya dipentaskan.

Objektif penubuhan ATRA adalah sebagai sebuah medium yang memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan lakonan dan menjadi salah sebuah pusat dimana memberikan rujukan dan khidmat nasihat daripada tenaga pengajar yang disediakan.

Multimedia merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk membantu badan pengurusan seni dari segi gambar dan video. Kumpulan ini terdiri daripada 17 orang ahli dan merupakan dibawah naungan Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan ini juga berfungsi untuk membantu dan menyediakan gerak tenaga untuk setiap program yang dijalankan oleh Pusat Kebudayaan USIM.

Objektif kumpulan ini adalah dapat mengetahui dan mempelajari cara penggunaan multimedia secara lebih terperinci dan dapat mengetahui elemen-elemen multimedia secara lebih mendalam seterusnya dapat  melahirkan pelajar yang berjiwa seni.

Kumpulan Keusahawanan atau Profitto merupaka kumpulan yang bertanggungjawab melakukan jualan produk Seni Bebudaya yang diterbitkan oleh Pusat Kebudayan USIM. Selain itu kumpulan ini bertanggungjawab menyelia dan memasarkan produk Seni Berbudaya secara atas talian melalui platform kedaibudaya.com