Pengenalan

/Pengenalan
Pengenalan 2018-07-26T14:20:21+00:00

PENGENALAN

 SARI BICARA

Bakat seni merupakan keupayaan luar biasa yang dianugerahkan Allah kepada manusia pilihan-Nya. Memiliki bakat adalah satu kelebihan jika dimanfaatkan secara optimum  mampu menyumbang banyak perkara positif kepada universiti dan masyarakat. Pusat Kebudayaan sangat komited untuk melonjak seiring bersama universiti dalam mengintegrasikan seni budaya yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli yang dinamakan Seni Berbudaya. Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif dan beriltizam untuk menjadi peneraju Seni Berbudaya atau a leader in good cultural art danmeletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Penerapan kemahiran insaniah melalui aktiviti Seni Berbudaya turut diberi penekanan dalam konteks mendidik dan membentuk pelajar menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi kesejahteraan kepada universiti, masyarakat dan Negara Malaysia.

MOTO

Peneraju Seni Berbudaya

FALSAFAH

Menjulang mesej Islam melalui pendekatan Seni Berbudaya yang bersifat kontemporari dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.

LAPAN FUNGSI UTAMA PUSAT KEBUDAYAAN

i. Pembangunan Aktitviti  Seni Budaya

ii. Bimbingan dan Rundingan Seni Budaya

iii. Persembahan Seni Budaya

iv. Menyediakan Kelengkapan dan Prasarana Kesenian

v. Dokumentasi dan Penyelidikan Seni

vi. Pendidikan Seni Budaya

vii. Penerbitan Inovasi Karya Seni

viii. Perkhidmatan Kemasyarakatan