Disediakan oleh:
Rozihani Mohamad
Ketua Unit Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan USIM

27 Disember Nilai: Kejadian yang menimpa rakyat baru-baru ini bagaikan insiden yang tidak dijangka. Beberapa negeri dilanda banjir seperti Pahang, Selangor, Kelantan, Terangganu dan sebahagian daerah lain turut dilanda musibah tersebut. Bagi membantu warga USIM yang ditimpa nasib malang akibat kejadian tersebut Pusat Kebudayaan USIM telah menyampaikan sumbangan Tabung Barakah kepada mangsa banjir kepada warga USIM yang terkesan akibat banjir. Sesi penyerahan sumbangan Tabung Barakah Pusat Kebudayaan USIM kepada Bantuan Prihatin USIM (Banjir) disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan USIM Mohamad Akmal Razali kepada Pemangku Pengarah Pusat Sukan Nur Ekmal Buhary sambil disaksikan oleh Pendaftar USIM, Dato’ Muhammad Haizuan Rozali.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, “Kita prihatin dan melahirkan rasa empati terhadap mereka yang mengalami musibah ini dan menjadi tanggungjawab membantu meringankan beban mereka. Selain bantuan kewangan, sokongan moral perlu diberikan kepada rakan-rakan yang terkesan akibat banjir”.

Tahun ini merupakan kali kedua Tabung Barakah Pusat Kebudayaan USIM berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Tabung Barakah merupakan antara best practice yang dilakukan oleh staf Pusat Kebudayaan USIM sebelum memulakan tugas harian. Aktiviti ini telah dijalankan sejak Disember 2018 yang dikenali sebagai sebagai penerapan pembudayaan amalan bersedekah kalangan staf yang dapat menambah amal ibadah di samping melaksanakan tugas harian.