Oleh:
EB Nur Syuhada Mohd Nazri
Kelab Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan USIM
NILAI, 1 MAC 2020 – Selari dengan objektif untuk mempelajari dan mendalami ilmu puisi, Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) Kelab Penerbitan Kreatif, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan sebuah program Organization Enhancement Programe (O-PRO) bertempat di Panggung Budaya Pusat kebudayaan USIM baru-baru ini.
Program O-Pro Penulisan Puisi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam penulisan puisi sekali gus menarik minat pelajar untuk mendeklamasikan puisi sejajar hasrat Pusat Kebudayaan USIM melahirkan lebih ramai generasi ilmu yang mahir menghasilkan puisi berkualiti dan member manfaat kepada masyarakat.
Slot O-Pro disampaikan oleh penulis dan penyair prolifik Zaen Kasturi yang telah dianugerahkan SEA Write Award pada tahun 2010 dan sehingga kini masih bergiat aktif dalam menghasilkan karya penulisan puisi. Zean Kasturi telah berkongsi cara menghasilkan puisi yang lebih menarik dan indah dengan penggunaan laras bahasa yang bersesuaian.
Menurut beliau “puisi itu indah jika berserta dengan emosi dan perasaan. Dengan berpuisi sesorang itu menggambarkan sesorang itu lebih peka dan mengenali dengan lebih mendalam tetang apa yang berlegar di sekitarnya seperti alam semulajadi, perihal manusia, isu semasa dan sebagainya. Elemen ini mendorong untuk kita menghasilkan puisi yang baik.”
Sementara itu Pengarah Pusat Kebudayaan Ismail Ahmed, yang hadir turut memberi perkongsian tentang teknik yang mudah untuk difahami bagi menghasilkan sesebuah puisi. Tambahnya lagi, “puisi ini adalah perkara yang boleh menajamkan akal fikir, emosi dan diri. Menulis puisi itu mudah tetapi menjadi penyair itu tidak mudah.” Beliau mengungkapkan petikan kata-kata oleh Iman Budhi Santosa yang memberi gambaran bahawa puisi sebagai salah satu karya yang mampu mendidik individu untuk tampil berilmu.
Peserta O-Pro Penulisan Puisi diberi peluang mempraktik penulisan puisi mereka dan telah dikehendaki mengolah dengan lebih tepat berdasarkan teknik yang dipelajari semasa sesi pagi.
“Kita harus memiliki rasa sayang terhadap karya yang kita cipta, dengan rasa tersebut sudah pasti kita akan menulis karya itu dengan sebaik mungkin.”, tambah beliau ketika peserta membentangkan karya mereka.
Seramai 24 orang ahli KHUPAS menyertai promgram mendekalamasi puisi ciptaan mereka sendiri dan yang yang disertai oleh para pelajar dan ahli kelab khupas seramai 24 orang ini telah berlansung dengan jayanya baru-baru ini.
Majlis ini diakhiri dengan perasmian yang disempurnakan oleh Ismail Ahmed. Dalam masa yang sama,turut berucap dalam majlis perasmian saudari Pengerusi Kelab Penerbitan Kreatif Nur Syahirah Mat Yusof, dalam ucapannya beliau telah berkata” diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta khususnya dalam menghasilkan puisi. Acara pada petang itu turut dihiasi dengan persembahan deklamasi puisi secara solo dan berkumpulan oleh peserta hasil karya mereka sendiri.