PATTANI, 25 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang seni suara nasyid apabila dua wakil universiti berjaya melakar pencapaian membanggakan pada Pertandingan Da’i Voice ASEAN Musim Ke-8. Dua kumpulan nasyid USIM yang diketuai oleh Muhamad Mifzal Muhammad Faruq dan Zairul Hakimi bin Zaharudin berjaya melepasi sesi saringan awal selepas bersaing bersama peserta lain sebelum dipilih sebagai antara 18 peserta terbaik yang mara ke peringkat separuh akhir pertandingan.

Bagi kategori pertama, kumpulan Intracksee mempersembahkan lagu Selimut Kasih, Subhanallah dan Futur. Persembahannya menguji keupayaan vokal menerusi nyanyian secara acapella bagi lagu Subhanallah dan Futur, manakala lagu Selimut Kasih dipersembahkan menggunakan iringan minus one yang dihentikan secara rawak sebelum peserta meneruskan nyanyian tanpa iringan muzik.
Sementara itu, kumpulan Q-Vou mempertaruhkan lagu Khabar Iman, Rasulullah dan Seperti Inikah Dunia. Menerusi persembahan tersebut, mereka menyampaikan dua buah lagu secara acapella sepenuhnya, manakala lagu Khabar Iman dipersembahkan dengan cabaran iringan minus one yang dihentikan secara rawak. Hasil persembahan yang mantap melayakkan kedua kumpulan ini mara ke peringkat separuh akhir sebelum berjaya melayakkan diri sebagai sembilan finalis terbaik pertandingan.

Penyertaan dalam Da’i Voice ASEAN yang berlangsung di Prince of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand menyaksikan kumpulan Lasykar Khaleefa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai johan. Mankala Intracksee tempat keempat dan Q-Vou ditempat yang kelima. Pencapaian memperlihatkan komitmen berterusan USIM dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasakan bakat mahasiswa di peringkat antarabangsa.
Disediakan oleh:
Rozihani Mohamad
Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan