PEMENANG menunjukkan hadiah yang dimenangi – foto dari ALFA Pusat Kebudayaan, USIM

 

NILAI, 3 APRIL -Kumpulan Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul johan pertandingan nasyid Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2017 pada hari ini .‘Taksub’ merupakan lagu yang di bawa kepentas Ihtifal Asean Nasyid 2017 yang bertemakan ‘Wasatiyyah Asas Transformasi Ummah’ sekaligus membawa pulang wang tunai sejumlah RM3,500 berserta trofi.  Kumpulan Intracksee turut mendapat anugerah Persembahan Terbaik dengan merangkul hadiah wang tunai RM1,000.00 beserta trofi.

Menurut Muhammad Hisyam Harith “Keistimewaan persembahan Intracksee kali ini tertumpu kepada mesej lagu berbanding aspek persembahan fizikal dan pada kali ini kami member tumpuan kepada lontaran vokal sebagai aspek penting di samping gubahan muzik yang sangat mudah dan ringan”. Naib Johan disandangoleh Kumpulan Nahwan Nur dari Universiti Putra Malaysia dengan lagu Hawa Khastulistiwa dengan hadiah RM2,000 beserta trofi manakala tempat ketiga pula dimiliki oleh kumpulan Avuntu, Universiti Syafif Hidayatullah (UIN) Jakarta,Indonesia memenangi hadiah RM1,500.00 beserta trofi.

Pertandingan nasyid Ihtifal IPT ASEAN kali ini membariskan 12 kumpulan yang bertanding dan ianya memberi impak positif dengan penyertaan beberapa kumpulan yang pertama kali menyertai pertandingan ini seperti Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) danPoliteknikTuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.  Menurut Ismail Ahmed, nasyid kini melalui beberapa perubahan mengikut zaman seperti lirik dan walaupun lagu-lagu yang disampaikan dengan pelbagai rentak melodi namun masih kekal dengan konsep penyampian yang menyeru kita sebagai insane perlu berbuat baik serta mengamalkan sifat sederhana dan juga menjunjung tinggi Islam sebagai petunjuk kehidupan sejagat’.

Pertandingan nasyid pada kali ini diadili oleh karyawan seni yang tidak asing lagi Fauzi Marzuki, Hafiz Hamidun dan Siso Kopratasa dan Azizul Haqim Md Anuwar.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM serta Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan;Timbalan Naib Canselor (Hal EhwalPelajardan Alumni) USIM. Turut menyempurnakan majlis penutupan adalah YB Senator Dato’ Dr.Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Oleh: Ejen Berita Ain Mahat

Pusat Kebudayaan

Universiti Sains Islam Malaysia