NILAI, 2 Mei 2026 – Penganjuran Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA) 2026 membuka tirai siri pertemuan secara maya diadakan dalam dua sesi berasingan. Bagi sesi pertama dimulakan dengan tajuk Pemantapan Gaya Deklamator SePENA 2026 yang disampaikan oleh Puan Intan Marhayu Rahman, Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kebangsaan 2004 yang juga seorang pembimbing seni puisi remaja. Manakala sesi kedua diteruskan sebelah petang dengan tajuk Teknik Penjurian SePENA 2026 petang yang dikemudikan oleh Encik Zaifulnizam Wagiran, Timbalan Setiausaha Agung PENA yang juga seorang deklamator kebangsaan yang cukup disegani.

Wacana ini diadakan untuk memberi tip tentang teknik penyampaian, pembahagian puisi bersama pasangan serta rubrik penilaian bagi pemarkahan kepada peserta SePENA yang akan beraksi diCpentas saringan dan peringkat final. Hampir 30 orang peserta hadir mengikuti wacana yang diadakan di Pusat kebudayaan USIM anjuran Kelab Penerbitan Kreatif dan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Pusat Wakaf dan Zakat dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan beberapa rakan strategik lain.

Disediakan oleh:
Muhammad Zamratur Rahman Yussri
Pengerusi Kelab Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan