Nilai, 1 November – Usaha mengamal gaya hidup sihat kini menjadi trend anak muda dengan penganjuran larian bertujuan memupuk semangat kesukanan, serta jalinan ukhuwah antara warga universiti, alumni, masyarakat sekitar dan agensi luar merapatkan warga USIM dan komuniti setempat. Acara Seni Run anjuran kumpulan Profitto Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni Pusat Kebudayaan Universiti sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menghimpunkan 210 peserta terdiri daripada warga pelajar, staf dan komuniti luar USIM. Acara ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga menggambarkan peranan seni budaya dalam membina bakat kepimpinan, keusahawanan dan semangat kerja berpasukan.

Pengarah program Seni Run 2025 saudara Tengku Muhammad Azamuddin Tengku Nor Azmi berkata, Seni Run merupakan langkah awal untuk persatuannya bergerak dalam usaha menjalinkan kerjasama bersama komuniti dalam dan luar USIM kerana program seumpama ini dilihat lebih mudah diterima oleh semua peringkat umur. Selain itu, melalui penganjuran yang bersifat terbuka, pelajar yang terlibat sebagai urus akan merasai pengalaman berharga dalam aspek pengurusan, kepimpinan, keusahawanan dan kerjasama berpasukan. Menurutnya lagi berkata elemen kesenian akan ditambah dalam penganjuran akan datang agar peserta merasai keistimewaan yang berbeza daripada acara larian lain.
Sementara itu Penasihat KMKS pula menyifatkan “Seni Run bukan sekadar acara larian, tetapi satu manifestasi kesatuan antara kesihatan fizikal dan ekspresi seni. Melalui program ini, kita ingin menunjukkan bahawa seni boleh menjadi paltform yang menyatukan masyarakat sambil memupuk gaya hidup sihat dan sejahtera seperti mana temanya Langkah Seni Langkah Berbudaya.” Ujar Akmal Razali yang ditemui selepas acara tersebut.

Bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah acara larian KMKS ini turut menampilkan kelainan apabila peserta dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang dijayakan oleh Angkatan Seni Budaya.
Disediakan oleh:
Rozihani Mohamad
Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan USIM