PULAU PINANG, 14 April– Kumpulan Intracksee Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan nasyid yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM). Intracksee yang dianggotai enam orang pelajar itu mempertaruhkan lagu Gelora Muara Jiwa dan berjaya menambat hati para juri selepas menjalani latihan intensif selama dua minggu. Pertandingan tersebut telah disertai oleh sembilan kumpulan dari pelbagai institusi pengajian tinggi. iNTAR membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600.00 berserta piala, sijil dan cek cura. Sementara itu, UPM muncul sebagai johan, manakala UNIMAP meraih naib johan.

Menurut ketua kumpulan, Muhammad Mifzal Muhammad Faruq yang pelajar tahun tiga Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), kemenangan tersebut menjadi perangsang dan dianggap sebagai penghargaan kepada usaha serta komitmen seluruh ahli kumpulan. Dalam pada itu, beliau berharap agar Kumpulan Intracksee terus mencipta kecemerlangan, menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
EB Juwana Roslee
Kelab Penerbitan Kreatif
Pusat Keudayaan