NILAI , 23 APRIL –Penganjuran Konsert REUNIC pertama kali diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah untuk membantu mengumpulkan dana bagi mengisi tabung pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kebetulan, Syahid iaitu anak kepada Bazli Hazwan Che Osman (Bazli), salah seorang ahli UNIC turut menghidap penyakit sama.
Bertitik tolak daripada itu, UNIC dan Hafiz Hamidun mencetuskan idea ini bagi mengembalikan nostalgia zaman remaja mereka disamping mambantu mereka yang memerlukan.
Bertanyakan mengenai bagaimana tercetusnya idea bagi menganjurkan konsert amal REUNIC ini, Bazli menyatakan bahawa ianya sudah lama direncanakan, namun kekangan dan komitmen ahli UNIC sendiri tidak dapat dielakkan.
“Persediaan konsert ini dibuat selama 20 hari sahaja memandangkan kami semua terlibat dengan Gema Gegar Vaganza.Terima kasih kepada peminat yang datang dan sokong. Kami ingin maklumkan disini, Sebahagian tiket ini adalah untuk anak-anakkan serdanada rezeki mereka di dalam hasil jualan tiket ini,” ujarnya ketika ditemui.
Tidak melepaskan peluang yang ada, turut ditanyakan mengenai keadaan Syahid serta komitmennya belakangan ini bersama keluarga dan persediaan konsert REUNIC ini,
“ Alhamdulillah, Syahid sudah keluar dari hospital , tetapi sekarang dia demam panas. Walauapa pun, syukurlah dia sudah boleh pulang ke rumah,” katanya.
“ Setiap orang sama sahaja ada keluarga ada kerja. Berbeza dengan saya ada keluarga ada komitmen tetapi perlukan mental yang kuat kerana anak sakit. Saya perlukan kekuatan berganda untuk beri kekuatan kepada isteri dan anak saya. Ini adalah cabarannya. Mungkin saya juga membawa suara mewakili daripada keluarga lain yang anak-anak mereka juga sakit. Ada hikmahnya di sini. Inilah suara mereka yang saya cuba sampaikan dalam konsert ini. Bantulah anak-anak syurga ini kerana amalan kita pun tak banyak. Insya-Allah, nanti merekalah yang akan menarik tangan kita turut bersama mereka di Syurga, ” tambahnyalagi.
Konsert tersebut turut mendapat sambutan hangat daripada warga USIM sendiri dan para peminat unic dari segenap negeri berhampiran dengan mencatatkan kehadiran kira-kira 2000 orang peminatdengan jumlah kutipan 2000 keping tiket yang terjual dalam masa tiga hari sebelum konsert berlangsung.
Sepanjang berlangsungnya konsert ini, para peminat disajikan dengan hidangan lagu-lagu hits yang mengimbau nostalgia satu ketika dahulu yang turut diselangseli dengan celoteh mereka yang mengiburkan.
Turut dijemput kumpulan Covers Nation Band, Simfoni dan kumpulan dikirbarat Tabuh Pendeta dari USIM sendiri bagi menyerikan persembahan pembukaan dan selingan.
Konsert ini juga dihadiri oleh Naib Canseor USIM, Dato’ Dr. Musa Ahmad dan Pengerusi LembagaUniversiti Tan Sri Dr. Dzulkifle Abdul Razak.
Oleh ; EB Abdul Mutalib Abu Bakar