Port Dickson, 6 Mac – Seramai 30 orang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai Kem Pemantapan dan Pengurusan Organisasi Urus Setia Kesenian Pelajar 2016, di baru – baru ini.
Program anjuran Urus Setia kesenian pelajar dibawah naungan Pusat Kebudayaan USIM yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di PDS Apartment and Training Camp, disini.
Encik Ismail Ahmed, pengarah Pusat Kebudayaan USIM berkata, program ini memfokuskan untuk mengasah skil pelajar dari sudut kemahiran insaniah selain pemantapan dalam menguruskan organisasi yang sedang mereka terajui, UKP.
“Merancang program sendiri dan seterusnya pembentangan kertas kerja program yang dirancang dari setiap kumpulan merupakan salah satu inisiatif supaya pelajar dapat mencedok sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu agar dapat dipraktikkan bukan setakat di kampus malah di alam pekerjaan kelak,” katanya.
Ujarnya lagi, melalui program itu kredibilti pelajar dapat lebih diserlahkan melalui beberapa aktiviti yang mencungkil sisi kewibawaan sekaligus pembentukan acuan pemimpin agar menjadi mahasiswa yang bukan hanya berkebolehan didalam bilik kuliah semata.
“Peserta turut dilatih dengan kemahiran berkomunikasi dari pakar dalam bidang tersebut, Encik Shahril Sarapudin yang merupakan personaliti RTM, agar pelajar tidak pasif dan mampu berkomunikasi dengan baik,” Ujarnya yang ditemui selepas majlis.
Encik Nazmi Adnan, pegawai tadbir Hal Ehwal Pelajar USIM yang turut terlibat dalam sesi penerangan tentang kertas kerja turut menegaskan bahawa pentingnya pelajar untuk cakna akan kaedah yang betul dalam menguruskan organisasi terutamanya prosedur yang membabitkan kertas kerja.
Sementara itu, Hafi Huzaifah Hussin, Pengerusi Urus Setia Kesenian Pelajar turut menyuarakan harapan agar melalui program ini, semua ahli dari setiap kumpulan di bawah naungan Urus Setia Kesenian Pelajar dapat memantapkan lagi hasil kerja, disamping menjadikan mereka sebagai pelajar yang cemerelang dalam aspek disiplin.
Turut terlibat pada program ini, Pegawai Kebudayaan Pusat Kebudayaan USIM, Puan Rozihani Mohamad, Puan Arohiyah Abdullah dan Encik Mohd Juhairee Mohd Junaidi Khan.
Disediakn oleh: EB Nur Khairul Bariyah Ismail