Tanjung Malim, 17 Mei – Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), saudari Nurul Iman Halim dinobatkan sebagai johan dan saudara Muhammad Syafiqul Izzan Saleem meraih tempat ketiga pertandingan tilawah al-Quran anjuran Exco Modal Insan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Kolej Ungku Omar. Hasil usaha dan kegigihan mereka akhirnya membuah kejayaan apabila keduanya pertam kali menyertai pertandingan anjuran luar universiti.

Syafiqul menjelaskan bahawa mereka menjalani latihan secara berkala bersama ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Johan Qari pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-64. Latihan yang konsisten itu telah memberikan pendedahan yang lebih mendalam terhadap ilmu taranum. Beliau amat tertarik dengan keindahan ilmu tersebut apabila diperkenalkan dengan pelbagai istilah serta gabungan rentak taranum yang menjadikan bacaan lebih unik dan menarik.

Bagi Nurul Iman pula, cabaran yang beliau hadapi dalam persediaan pertandingan adalah mengekalkan kelancaran suara, mengurus masa untuk latihan dan menentukan pemilihan taranum yang sesuai khususnya pada ayat yang pendek serta mengatasi perasaan gementar ketika berada di atas pentas pertandingan. Dengan jadual yang padat, beliau memperuntukkan dua jam pada waktu pagi untuk mengulang kaji dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari daripada jurulatih taranum. Pada sebelah petang dan malam pula, beliau memperuntukkan masing-masing satu jam bagi memperkukuh kemahiran bacaan dan taranum.

Sementara itu, bagi acara Simfoni Al-Mahabbah (Pertandingan Nasyid) kumpulan Nasyid Intracksee memperoleh anugerah naib johan. Kejayaan ini turut mengharumkan nama USIM sekali gus meningkatkan keterlihatan bakat dan keseimbangan pelajar menerusi aktiviti seni budaya selari dengan penghayatan nilai ilmu Islam yang diterapkan dalam melahirkan muslim professional yang seimbang keseimbangan

Sementara itu, dalam acara Simfoni Al-Mahabbah (Pertandingan Nasyid), kumpulan nasyid Intracksee berjaya meraih gelaran naib johan. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama USIM, malah menyerlahkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang seni budaya. Pencapaian tersebut turut mencerminkan keseimbangan pembangunan sahsiah, intelektual pelajar selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan Muslim profesional yang holistik berteraskan nilai-nilai ilmu Islam.

Disediakan oleh:
EB Juwana Roslee
Kelab Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan