Oleh: Mohamad Akmal Razali

27 Julai – Pusat Kebudyaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program Global Islamic Student Outreach (GISO): USIM Street Dakwah@Banten, Indoensia dengan kerjasama Universitas Mathla’ul Anwar (UNMA) pada 22 Julai hingga 26 Julai yang lalu. Program ini telah disertai oleh 8 orang pelajar dan 2 orang pegawai yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Ini merupakan penganjuran kali ke-5 selepas sebelum ini di Medan-Indonesia, Ho Chi Minh – Vietnam, Beijing-China, Yogjakarta dan Surabaya-Indonesia yang sebelum ini dikenali sebagai .

Pengarah Program, saudara Muhammad Hafizh Abd Kadir berkata, matlamat USIM Street Dakwah kali ini adalah untuk menyantuni masyarakat antarabangsa selain memberi mesej melalui Seni Berbudaya dan turut menyalurkan bantuan pasca tsunami kepada penduduk yang terjejas Tsunami di Banten yang lalu. “Pemilihan penganjuran di UNMA adalah kerana sebelum ini pihak UNMA begitu tertarik dengan konsep USIM Street Dakwah yang dilaksanakan oleh Pusat Kebudayaan USIM yang sebelum ini lebih bertumpu di dalam Negara sahaja.”

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Jailani yang bertindak selaku ketua delegasi berkata, program GISO ini adalah satu program wajib kepada semua pelajar USIM sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian untuk memberi pendedahan pengantarabangsaan dalam bentuk khidmat komuniti.

“USIM Street Dakwah (USD) yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan USIM ini mengetengahkan peranan Seni Berbudaya dalam memberi mesej atau dakwah secara santai dan berseni kepada masyarakat dan memfokuskan kepada tiga kelompok sasaran iaitu komunit desa, komuniti bandar dan komuniti kasih di Banten melalui beberapa program yang dirancang.”

Jelajah USD di bumi Banten dimulakan dengan sesi serahan anak angkat kepada dua buah keluarga di Banten oleh TNC HEPA. Rata-rata pelajar menunjukkan minat yang tinggi kerana ini merupakan mengalaman yang jarang dapat merasai peluang mendapat keluarga angkat Antarabangsa.

Jelajah USD diteruskan dengan program Silang Budaya diantara Pelajar USIM bersama pelajar dan masyarakat di Universitas Mathla’ul Anwar (UNMA) dan Pusat Perguruan Menes. Persembahan Kebudayaan antara dua buah negara dipertontonkan dengan keunikannya yang tersendiri. Para Pelajar USIM membawakan persembahan Dikir Barat, muzik akustik dan vokal. Turut diadakan Kelas Rakan Seni Budaya yang memfokuskan kepada Seni Taranum, Qasidah dan Khat turut diajar oleh pelajar USIM kepada pelajar di sebuah pusat pengajian Al-Quran (Taqurma).

Bantuan Pasca Tsunami

USIM turut menlancarkan Tabung Bantuan Tsunami 2.0 yang memberi pekluang kepada warga USIM untuk menyumbang dan memberi bantuan kepada mangsa tsunami yang melanda bumi Banten pada penghujung tahun 2018. Bantuan berbentuk wang tunai yang disampikan oleh TNC HEPA USIM disumbangkan kepada sebuah sekolah milik Mathala’ul Anwar yang terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut salah seorang peserta, Mohd Azhan Mohd Azman, beliau merasa amat bersimpati dengan keadaan sekolah yang serba kekurangan hanya mempunyai tiga buah bilik darjah dan satu tambahan berbumbungkan kanvas tetapi mempunyai lebih 200 orang pelajar. Bantuan yang disalurkan akan digunkan untuk membeli keperluan pembelajaran dan pengajaran serta menambahbaik kemudahan fasiliti.

Menarik jelajah USD siri ini, para pelajar USIM mendapat peluang untuk ke sebuah perkampungan masyarakat asli Baduy di Bumi Banten. Suku kaum Baduy merupakan masyarakat yang tinggal di pendalaman di Kawasan gunung dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Perjalanan mendaki gunung selama satu jam dan peluang bermalam di perkampungan tersebut yang tiada kemudahan asas lengkap seperti di kampung halaman memberi pengalaman berharga kepada para pelajar.

Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaa USIM, Mohamad Akmal Razali berkata program yang dirancang selama lima hari empat malam ini mendapat kerjasama erat daripada Universitas Mathla’ul Anwar. Beberapa program susulan atau timbal balik telah dirancang oleh kedua-dua pihak untuk meneruskan kesinambungan program ini.

“Program ini juga membuka lebih banyak peluang kerjasama diantara USIM dan Universitas Mathla’ul Anwar bukan sahaja demi pembangunan pelajar tetapi juga kepada para dosen di Universitas tersebut”