Nilai – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semakin progresif mengetengahkan produk seni untuk member manfaat kepada masyarakat. Hasrat ini direalisasikan menerusi pelancaran empat produk seni iaitu album Al Fatihah 7 Taranum, album Selawat Kontemporari, album Puisi Islamik Berikan Sakti dan buku Koleksi Poket Pantun yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Pelancaran Produk Seni anjuran Pusat Kebudayaan USIM telah berlangusng di Panggung Seni, USIM baru-baru ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor Dato’ Dr. Musa Ahmad.  Turut hadir pada majlis tersebut Karyawan Seni USIM yang juga artis tanah air Syed Indra Syed Omar (SISO) Kopratasa, Hafiz Hamidun, Ahmad Fedtri Yahya, dan Dato’ Nash serta composer terkenal Fauzi Marzuki.

Album Al-Fatihah 7 Taranum menampilkan oleh Husaini Mahmur yang juga merupakan Ikon Seni USIM yang telah mencipta nama keperingkat antarabangsa melalui penglibatanny adalam pertandingan tilawah.

Selain itu, album Selawat Kontemporari berada di kelasnya yang tersendiri apabila ia merupakan hasil kombinasi antara kumpulan Cover Nation bersama selebriti nasyid terkenal, Hafiz Hamidun yang berkonsepkan alunan selawat beriramakan muzik moden.

Buku Koleksi Poket Pantun hasil karya kreatif Ahmad Fedtri Yahya dan SISO menggabungkan penggunaan ayat tradisional pada pembayang dengan ayat moden moden pada maksud yang mengandungi 123 pantun pelbagai tema dan sesuai dibawa oleh sesiapa sahaja kerana saiznya sesuai dimasukkan dalam poket.

“USIM sememangnya peka terhadap keperluan masyarakat untuk melahirkan warga ilmuan dan produk seni seumpama ini merupakan alternatif kepada m asyarakat sebagai produk patuh syariah.” Naib Canselor USIM dalam ucapan beliau semasa pelancaran tersebut.

Manakala album Puisi Islamik Berikan Sakti pula merupakan koleksi puisi yang dilagukan dalam versi akustik oleh Pengarah Pusat Kebudayaan USIM sendiri, iaitu Ismail Ahmed atau dikenali sebagai Adiwangsa Sukma.

Turut hadir kemajlis tersebut Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah Tan Sri Dr.Nordin Kardi, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Hassan Mohd Noor dan beberapa lagi rakan industri lain.

 

Disediakan oleh:

Ejen Berita Adnin Razak

Pusat Kebudayaan

Universiti Sains Islam Malaysia