PEMENTASAN TEATER ISLAMIK PERANG UHUD

//PEMENTASAN TEATER ISLAMIK PERANG UHUD

Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Pementasan Teater Islamik Perang Uhud membawa intipati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam dan melalui pementasan teater yang dicakna dengan penuh penghayatan Islam berupaya mengangkat seni dalam konteks yang berkesan seperti yang ditegaskan di dalam firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Ali- Imraan mengenai Perang Uhud. Pengajuran PEMENTASAN TEATER ISLAMIK PERANG UHUD dianjurkan secara bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kerajaan Negeri Sembilan dan Karyawan Negeri Sembilan. Peneraju pementasan teater ini adalah Pusat Kebudayaan USIM, Peneraju seni berbudaya.

Pementasan ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran menjujung kasih Tuanku Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Tuanku Besar Negeri Sembilan yang mencemar duli ke pementasan teater ini pada malam 13 Mei 2017. Kehadiran Tuanku Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Berdua, memberi satu lagi kenangan dan kejayaan buat pihak USIM dalam menganjurkan program selepas kejayaan Konsert Alhan Rabbaniyah pada tahun 2015.
MenurutPengarahPusatKebudayaan, beliaumengatakan, Pusat Kebudayaan turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan pementasan Teater Islamik Perang Uhud setelah mengambil kira sejarah peperangan tersebut yang memberikan beberapa pengajaran atau outcome yang sangat positif dalam konteks perjuangan muslim di seluruh dunia masa kini seperti Ketaatan kepada pemimpin dalam melaksanakan strategi atau tugasan dalam konteks muslim world. Keduanya, Pengajaran dan iktibar tentang perjuangan menentang musuh orang Islam tidak pernah selesai secara mutlak atau absolute victory malah perlu sentiasa belajar mengatasi kelemahan untuk berjaya. Akhir sekali Konsep permuafakatan atau syura didalam setiap keputusan yang diambil dan komitmen dalam mematuhi permuafakatan tersebut. Walaubagaimanapun, Konsep TAWAKAL dalam perjuangan dan usaha bagi seoramg muslim juga diterapkan dalam pementasan ini.

Persembahan Teater Islamik Perang Uhud ini, diarahkan oleh Roslee Mansor yang menggabungkan persembahan daripada ahli Karyawan Negeri Sembilan, pelajar USIM yang aktif bersama Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar dan beberapa pelakon tanah air seperti Shaharuddin Thamby, Razali Hussain dan Sabrina Ali dengan penglibatan lebih 100 orang tenaga produksi selama dua hari yang berlansung pada 13 & 14 Mei 2017, yang bermula jam 8.00malam. Hampir dua ribu tiket telah terjual sepanjang dua hari pementasan ini berlangsung dan mendapat respon yang baik di kalangan aktivis teater, artis tanah air, orang awam dan pelajar -pelajar yang hadir pada pementasan ini berlangsung. Sebahagian hasil kutipan pementasan teater Perang Uhud ini di sumbangkan sebanyak 10% kepada komuniti HKL KIDS KANSER bagi meringankan beban pesakit kanak- kanak kanser di Malaysia dan 10% Pusat Tahfiz At-Tohiriah di Lukut Negeri Sembilan.

Di pihak USIM sendiri, sebagai sebuah Universiti awam yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli, ia akan terus mengambil dan melaksanakan tanggungjawab untuk menerajui aspirasi sebuah penganjuran seni berbudaya islam. Niat murni ini telah didukungi dengan cemerlang oleh Pusat Kebudayaan USIM dengan perlaksanaan pelbagai program yang memberi impak yang amat baik kepada Universiti

 

Oleh:
Razmiza Hanim Azmir
Pegawai Kebudayaan
Pusat Kebudayaan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
016-3281787

2019-01-09T08:46:32+00:00