Oleh: MARYAM JAMALUDIN

EJEN BERITA, KELAB PENERBITAN KREATIF, PUSAT KEBUDAYAAN USIM

 

KUALA PILAH – Seiring dengan pemerkasaan skil mahasiswa, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program Organization Enhancement Program (O-Pro): Penngurusan Organisasi Seni Budaya. Program O-Pro dijenamakan sebagai sebuah program berbentuk memperkasakan skil, nilai kemahiran insaniah mahasisawa di samping amalan praktis sepanjang mereka menyertai kelab Pusat Kebudayaan USIM. Tiga penubuhan kelab yang diberi jenama baharu iaitu Kelab Penulisan Kreatif, Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni dan Pengurusan dan Persembahan Seni. Kesemua kelab ini berada di bawah unit PK USIM. Antara fungsi utama penubuhan tiga kelab ini adalah untuk membentuk warga ilmuan Seni Berbudaya berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli sebagaimana menyokong hasrat universiti dalam melahirkan graduan yang seimbang, holistik dan berkeusahawanan.

 

O-Pro Pengurusan Seni Budaya yang didakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kelab di samping menerapkan nilai kerjasama antara satu sama lain. Selain itu ia juga membantu mahasiswa untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencorakkan pengurusan dan pelaksanaan di kelab masing-masing.

 

Muhammad Rusyaidi yang dilantik sebagai penghulu program berkata,“program seperti ini adalah amat baik kerana ia membantu menambah keyakinan mahasiswa untuk bergerak dalam sebuah kumpulan dan membentuk percambahan pemikiran yang lebih dinamik dalam organisasi. Walau pun ditubuhkan tiga kelab yang berbeza namun penyatuan antara kami masih wujud kerana kami adalah Penggerak Seni Berbudaya”. Ujar beliau yang ditemui selepas acara perasmian penutup. itu juga untuk mengenali antara satu sama lain sekaligus memberi gambaran bagaimana hendak mengadakan kerjasama walaupun berada di bawah kelab yang berbeza.”

 

Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata “mahasiswa perlu bersiap sedia dengan pakej lengkap dari segi sahsiah dan kemahiran kerana persaingan dia alaf ini cukup menghambat manusia berlumba-lumba, dan mahaiswa perlu menguasai pelbagai bidang seni kerana ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat” ujar beliau dalam menerusi perkongsian berkaitan Hala Tuju Pusat Kebudayaan USIM.”

 

Dalam pada itu, Karyawan Seni USIM Syed Indera Syed Omar hadir menyempurnakan acara perasmian penutup berkata, mahasiswa semua tidak perlu merasa takut untuk mencuba sesuatu kerana keberanian anda itu mampu membentuk diri  dan lengkapkan diri dengan ilmu supaya kita dihormati”,  pesan beliau sebelum mengakhiri ucapan dalam majlis perasmian penutup Ahad lalu.

 

Seramai 19 orang peserta O-Pro yang terdiri daripada ahli majlis tertinggi setiap kelab turut diterangkan mengenai ilmu pengurusan kelab yang mencakupi penyediaan kertas kerja program, catitan minit mesyuarat, pelaporan program, pengurusan acara persembahan, takwim aktiviti, keusahawanan seni dan tatacara penggunaan sistem permohonan pengangkutan yang bolek diakses oleh mahasiswa untuk tujuan penyelarasan penganjuran program.

 

Peserta yang mengikuti program ini di Lamanbangkinang, Kuala Pilah selama tiga hari dua malam  turut diajar cara memikat burung, mengoca ikan serta permainan  sukan tradisional dan pada malam terakhir mereka berpeluang menyaksikan persembahan seni  Bongai yang merupakan salah satu kesenian tradisi Negeri Sembilan.