Nilai, 4 Februari – Sebagai usaha merapatkan hubungan USIM bersama komuniti seni, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan seminar Busking Entrepreneurship iaitu keusahawanan pemuzik jalanan menerusi Organization Enhancement Programme (O-PRO) 39.0 bertempat di Galeri Hal Ehwal Pelajar, USIM.
Pengerusi Malaysian Busker Club atau lebih dikenali sebagai MYBC, Wady Hamdan berkongsi pengalaman beliau sebagai pengasas MYBC menyatakan bahawa, buskers atau penuzik jalanan kini diterima dan menjadi komuniti penting dalam masyarakat.
“MYBC turut dipilih sabagai salah satu agensi penanda aras ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kerajaan menjadikan kami sebagai rujukan untuk menetapkan Standard of Procedure (SOP) dalam pengendalian busking pada waktu itu”, katanya.
“Menjadi buskers bukan sahaja berdasarkan minat namun boleh menjadi sumber pendapatan tetap seseorang bergantung kepada komitmen dan kreativiti yang diberikan selain disiplin dalam berbusking“, tambahnya lagi ketika ditanya mengenai kewajaran busking menjadi suatu kerjaya.
Dalam pada itu, Wady menawarkan keahlian percuma kepada semua pelajar yang menyertai program tersebut dan secara tidak langsung mendapat pas lulus untuk menyertai mana-mana aktiviti busking di seluruh Malaysia mengikut slot lokasi.
Sementara itu, turut dijemput ialah pemain drum kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun turut berkongsi ilmu dan luahan tentang stigma negatif masyarakat terhadap buskers.
“Buskers bukan peminta sedekah dan memohon simpati masyarakat. Buskers menjual bakat dan bakat itu juga perlu dikongsi bersama masyarakat”. ujarnya. Tambahnya lagu, “bukan semua orang memahami chord alat musik dan bagaimana cekalnya membuat latihan nyanyian dalam busking. Namun, ada juga yang menghargai dan mengenal bakat kita serta beri kepercayaan untuk membuat persembahan di majlis-majlis mereka”, katanya lagi.
Menurut Pengarah Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, menyifatkan bahawa kerjasama MYBC dan USIM untuk merancak kembali penganjuran program USIM street Dakwah yang telah bermula sejak tahun 2015. “Pada tahun ini USIM sekali lagi tampil dengan program buskers USIM Street Dakwah: The Finale yang akan menyantuni dan mendekati komuniti yang dipilih sebagaimana yang penjenamaan program USIM4Community”.
Beberapa persembahan akustik oleh pelajar dan alumni turut disajikan sebelum dan selepas sesi perkongsian panel. Diakhir sesi, Wady dan Fendy menghiburkan peserta dengan dendangan lagu Dinda, Kau yang Bernama Seri, Hati Emas, Akad dan Lamunan Terhenti.
O-Pro ini telah dihadiri 83 orang peserta termasuk pelajar, alumni seni budaya dan Pusat Kebudayaan USIM.
Disediakan oleh:
Wardhatul Miqqias Binti Apandi
Kelab Penerbitan Kreatif
Disunting oleh:
Rozihani Mohamad
Ketua Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif
Pusat Kebudayaan USIM