Oleh :

EB Muhammad Yusainy Mohamad Yunus

Kelab Penerbitan Kreatif

15 November 2019, Nilai – Gabungan tiga kelab di bawah Pusat Kebudayaan USIM, Kelab Pengurusan Persembahan Seni, Kelab Penerbitan Kreatif dan Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni menganjurkan Malam Cinta Rasul 4.0 (MCR)  bagi meraikan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malam Cinta Rasul 4.0  dihadiri oleh Ismail Ahmed, Pengarah dan Timbalan Pengarah Mohammad Akmal Razali, serta kakitangan Pusat Kebudayaan USIM bagi memeriahkan lagi program ini.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW boleh dilaksanakan dalam apa jua bentuk dan keadaan yang berlandaskan syariat Islam.

MCR 4.0 diadakan bagi mengajak warga Universiti untuk berselawat dan berqasidah untuk memuji kekasih Allah Junjungan Besar NAbi Muhammad SAW serta menanam sifat Cinta kepada BAginda SAW. Acara  MCR 4.0 menampilkan kelainan dengan mengalunkan selawat cinta kepada baginda SAW dengan pelbagai medium seni yang bersesuaian dengan zaman ini.

Alunan bacaan  al-quran surah Al Ahzab (21) dan surah Al Anbiya’ (55) oleh Afiq Aiman dan Nurul Asyiqin membuka tirai MCR. Seterusnya diteruskan dengan persembahan selawat dan Qasidah ya Hanana oleh kumpulan Perkusirama, Kelab Pengurusan Persembahan Seni.

Malam itu juga diserikan dengan persembahan puisi dari kumpulan KHUPAS , Kelab Penerbitan Kreatif yang bukan sahaja dipersembahkan oleh mahasiswa tempatan malah pelajar antarabangsa antaranya Indonesia dan Jordan tidak ketinggalan yang membawa tajuk Raihanun (Ya Rasulullah). Mereka juga menampilkan kelainan dengan mendendangkan nazam yang meumji kesebasaran Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut dimeriahkan dengan nyanyian nasyid dari Kumpulan Intracksee, AZRA dan kumpulan vokal ensemble Q-Vou yang menyampaikan qasidah Bushra Lana, Salamun, Berkatilah Nabi, Kemulianmu dan Ya Rasullullah.

“Menurut saudara Wafi Mohd Zalizan, pengarah program MCR 4.0 perlu diteruskan akan datang kerana  akvtiviti selawat dan qasidah boleh dilakukan dengan pelbagai medium seni”. Tambah beliau lagi, program ini dilaksanakan sempena Sambutan Maulidur Rasul yang menampilkan kelainan melalui penyampaian yang berbeza. Pada masa yang sama ianya memberi peluang dan pendedahan yang sangat baik kepada pelajar dalam penyampaian mesej Seni Berbudaya.

Acara MCR pada malam itu diakhiri dengan selawat beramai-ramai dan dianggarkan sejumlah 300 warga USIM terdiri daripada pelajar hadir ke memeuhi Panggung Seni, Pusat Kebudayaan USIM.