Oleh: Rozihani Mohamad

Pusat Kebudayaan USIM

 

SINGAPURA – Dalam melestarikan warisan kesenian Melayu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Persatuan Penyanyi, dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) dan Som Said Sri Warisan Performing Arts, Singapura (Sri Warisan) bekerjasama melaksanakan program bengkel Pengkaryaan Seni Tarian Istana Melayu. Bengkel tarian Istana Melayu yang disertai sejumlah 20 orang peserta disampaikan oleh koreografer terkenal Malaysia Mahmood Ibrahim 62, yang berpengalaman selama empat dekad dalam bidang tarian yang juga Karyawan Seni jemputan USIM.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed kerjasama program USIM, Malaysia dan PERKAMUS dan Sri Warisan daripada Singapura adalah kolaborasi unik kerana ketiga organisasi ini mempunyai kebitaraan dan kepakaran yang boleh dikongsi bersama USIM dan masyarakat. Selepas ini mungkin Kolaborasi ini boleh diperluaskan secara holistik ini kerana dengan cara ini kita dapat kumpulkan lagi penggiat seni dan karyawan Malaysia dan Singapura.

Peserta tarian didedahkan penerangan tentang tarian asyik yang merupakan tarian tradisi Melayu yang berasal dari Patani, Thailand dan dipopularkan di negeri Kelantan. Di samping pengenalan secara asas, peserta juga didemokan dengan cara pemakaian kostum dalam persembahan menora yang pernah digunakan dalam filem Raja Bersiong pada suatu ketika dahulu. Kostum ini juga diguna pakai dalam tarian asyik adalah hasil koleksi tokoh Haji. Mohamed Tharuwat Ismail Bakti yang merupakan tokoh seni tari tradisi Melayu Malaysia.

Sri Warisan diasaskan oleh Som Said sejak tahun 1997. Nama som said sinomin dengan seni tari Melayu dan kekal gah di Singapura sehingga kini.  Beliau telah memenangi Anugerah Jauhari salah satu anugerah yang merentasi pelbagai bidang adalah bukti dedikasinya yang tinggi terhadap persada seni Melayu Singapura. Menurut beliau, sehingga kini Sri Warisan giat mengadakan bengkel dan memberi pengajaran kelas tarian ke sekolah-sekolah sekitar Singapura selain mengadakan persembahan dalam dan luar negara.

Menurut Pengarah Urusan Sri Warisan “Untuk pelihara tradisi Melayu Singapura-Malaysia tiada sempadan, kerana usaha ini merupakan tanggungjawab kita bersama, dan kita tidak harus tunggu untuk melestarikan, kerana kita harus fikir bahawa seni tari Melayu adalah karya yang masih relevan mengikut keperluan semasa.

Sementara itu, Menurut Presiden PERKAMUS Yusnor Ef, berkata “Kini perlu kekalkan tradisi seni tari Melayu dan perlu banyak didokumentasikan supaya generasi masa hadapan boleh merujuk untuk mereka warisi kelak. Bengkel yang adakan di Dewan Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).

Melalui program O-PRO ini juga Pusat Kebudayaan USIM turut mengadakan lawatan kerja ke National Technological University, Singapura bagi memperkasakan skil kakitangan dalam bidang pengurusan seni budaya.