Oleh: Rozihani Mohamad

Pusat Kebudayaan USIM

Nilai, 21 April 2019 – Sentiasa bekerjasama menjadi nadi penggerak kepada Pusat Kebudayaan  sejak ditubuhkan pada 14 Mei 2014. Usaha meningkatkan kebolehan pelajar melalui bakat yang sedia ada dan peningkatan kemahiran menjadikan Kelab-kelab Kesenian di bawah Pusat Kebudayaan USIM sentiasa mendapat perhatian dalam menjayakan acara peringkat university dan sering menjadi permintaan agensi luar. Dengan jumlah seramai 322 ahli yang dinaungi oleh Kelab Pengurusan Seni Persembahan, Kelab Penerbitan Kreatif dan Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni.

“ Penubuhan tiga kelab ini lebih signifikan dan sesuai dengan fungsi  Unit-Unit Pusat kebudayaan dan mereka adalah penggerak kepada Seni Berbudaya. Kata beliau selepas merasmikan program Hari Taaruf kelab-kelab kesenian.

Hari Taaruf diadakan setiap tahun bertujuan memberi pendedahan kepada semua ahli kelab terutamanya kepada ahli baru tentang struktur organisasi dan meningkatkan sifat kerjasama di antara ahli ketiga-tiga kelab yang berada dibawah naungan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Acara pada pagi itu dimulakan dengan aktiviti dan seterusnya taklimat berkaitan governan dan hala tuju Pusat Kebudayaan USIM.