Loading Events

SERUMPUN SUARA MERDEKA

Empayar Hebat Kota Melaka
Semangat Pahlawan Terus dibawa
Zahirkan Cinta Semarak Merdeka
Suara Puisi Ekspresi Jiwa.

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM, Pusat Kebudayaan dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendaftar dan Pusat Penerbit USIM akan menganjurkan sayembara deklamasi puisi “SERUMPUN Suara Merdeka” kepada semua kakitangan USIM. Sayembara ini yang dianjurkan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan kalangan warga USIM khususnya staf melalui seni sastera.

Pendaftaran dibuka bermula 4 Ogos hingga 1 September 2025.
Ayuh turut serta serlahkan bakat anda dan semarakkan rasa cinta negara melalui medium puisi.

Sila imbas kod QR atau tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
BORANG PENDAFTARAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

#PusatKebudayaanUSIM
#PenerajuSeniBerbudaya
#ekspresijiwasuaramerdeka
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

HUBUNGI PUSAT KEBUDAYAAN :
PN. ROZIHANI MOHAMAD (012-2193110)
EN. ALIF OMAR (017-321 9542)

Share This Story, Choose Your Platform!

Go to Top