INTRODUCTION
SARI BICARA
Bakat seni merupakan keupayaan luar biasa yang dianugerahkan Allah kepada manusia pilihan-Nya. Memiliki bakat adalah satu kelebihan jika dimanfaatkan secara optimum mampu menyumbang banyak perkara positif kepada universiti dan masyarakat. Pusat Kebudayaan sangat komited untuk melonjak seiring bersama universiti dalam mengintegrasikan seni budaya yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli yang dinamakan Seni Berbudaya. Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif dan beriltizam untuk menjadi peneraju Seni Berbudaya atau a leader in good cultural art danmeletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Penerapan kemahiran insaniah melalui aktiviti Seni Berbudaya turut diberi penekanan dalam konteks mendidik dan membentuk pelajar menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi kesejahteraan kepada universiti, masyarakat dan Negara Malaysia.
MOTTO
Peneraju Seni Berbudaya
PHILOSOPHY
Menjulang mesej Islam melalui pendekatan Seni Berbudaya yang bersifat kontemporari dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.
EIGHT MAIN FUNCTION OF PUSAT KEBUDAYAAN
i. Pembangunan Aktitviti Seni Budaya
ii. Bimbingan dan Rundingan Seni Budaya
iii. Persembahan Seni Budaya
iv. Menyediakan Kelengkapan dan Prasarana Kesenian
v. Dokumentasi dan Penyelidikan Seni
vi. Pendidikan Seni Budaya
vii. Penerbitan Inovasi Karya Seni
viii. Perkhidmatan Kemasyarakatan