Modul Seni Budaya

 

Modul

Deskripsi

Pengajar

Nasyid

 

Kursus ini memberi pengetahuan tentang nasyid dari segi definisi tradisi dan moden kontemporari, kategori lagu dan bunga lagu seperti nahwan, bayati dan sirah dan teknik persembahan. Kursus ini juga menumpukan kepada aspek pengawalan vokal individu dan berkumpulan serta suara harmoni melalui lagu. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.

 

Mohd Huzaimi  Mohd Zaini

Nowseeheart & Pakar Motivasi

 

Muzik Moden

 

Muzik moden adalah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah muzik itu sendiri. Selain itu, kursus ini juga menerapkan unsur tradisional/irama Malaysia

 

Izmer  Khasbullah

ASWARA, Pemuzik Profesional

 

Seni Lukis

 

Kursus Seni Lukis ini menjurus kepada seni tampak atau visual di mana ia mengasah kemahiran dengan mempelajari beberapa teknik khusus secara teori dan amali bagi mempersembahkan hasil karya melalui seni halus. Kursus ini memainkan peranan memperkembang sifat melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan ahli menyatakan idea dan ekspresi diri melalui hasil karyanya.

 

 

Muhammad Zarihi Nubhan Abdul Rahman

Pengarah Urusan Awan Metro & Aktivitis Seni

 

Pengurusan Seni

 

Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran pengurusan acara dan seni persembahan terutama dalam aspek kendiri, kepimpinan, komunikasi, perundingan dan sebagainya bagi aspek pengurusan acara.

 

 

Hazelina Ghazaly

UKM, Pegawai Kebudayaan Kanan Pusat Kebudayaan UKM 

 

Perkusi

 

Kursus ini memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang alatan-alatan perkusi. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada pelajar cara bermain alat perkusi dengan baik dan betul yang mana mempunyai pelbagai rentak dan elemen.

 

Muhammad Syamil Masnan

Pemuzik Profesional

 

 

 

Koir

 

 

Koir merupakan sebuah ensemble muzik  untuk penyanyi dan ianya dilakukan secara beramai-ramai. Koir tidak tertumpu kepada kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, ianya sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.

 

 

Azzizul Haqim Md Anuwar

ASWARA, Penyanyi Profesional

 

Dikir Barat

 

 

Kursus ini memberi penekanan yang lebih mendalam berkaitan komponen Dikir Barat dan mencipta lagu serta proses pemantapan kumpulan Dikir Barat itu sendiri.

 

  

Mohd Sulhie  Yusuf

Pengarah Urusan Arjunasukma & Aktivis Seni

 

Cak Lempong

 

 

Kursus ini menekankan pelajar kepada persembahan Cak Lempong moden dan kontemporari yang merupakan warisan seni budaya Negeri Sembilan.

 

 

Hairil Hazlan Norhamizin

ASWARA, Pemuzik

 

Penulisan Kreatif

(Ejen Berita)

 

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan tentang dunia kewartawanan secara amnya dan menekankan aspek gaya penulisan mengikut standard media, khususnya dalam penulisan berita.

 

 

Wan Nor Zadilah Wan Mohamad

Telaga Biru, kolumnis

 

 

Seni Khat

 

Kursus ini memberi pengetahuan tentang Seni Khat dari sudut sejarah, perkembangan dan praktikal dalam konteks tradisional dan kontemporari. Dari sudut amali pelajar akan diterangkan, didedahkan dan dilatih cara untuk menghasilkan karya yang bermutu dengan mempelbagaikan medium catan dan penggunaan teknologi bagi tujuan komersial.

 

 

Mohammad Firdaus  Mahadi

Penggiat Khat Profesional

 

Tarian

 

Kursus ini untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang tarian pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

 

 

Aajazahmad Mostaqvim

UKM, Pegawai Kebudayaan

 

Teater

 

Teater ialah satu bentuk persembahan yang mengabungkan tiga elemen utama yang sangat penting iaitu penonton, pelakon dan cerita (naskhah). Ianya juga merupakan proses pemilihan teks atau naskhah, pengarapan, penyajian atau pementasan dan proses pemahaman atau penikmatan dari penonton.

 

Eliza Mustafa

ASWARA, Aktivis Teater

 

Vocal Ensemble

 

Perkataan ensemble berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud "bersama-sama”.Pelajar yang terlibat di dalam kursus ini boleh terdiri daripada mereka yang menyanyi secara solo, duet, trio dan quartet. Vokal pula merupakan satu instrumen yang terdapat di dalam badan manusia dan ianya dikeluarkan melalui beberapa proses.

 

 

Fitri Hiswady  Hasan Nordin

ASWARA, Penyanyi Profesional

 

Qasidah dan Tarannum

 

 

Kursus ini memberi pengetahuan tentang teknik pernafasan yang betul dalam qasidah dan juga elemen dalam tarannum serta mendedahkan dengan kepelbagaian gaya persembahan yang ditonjolkan daripada rentak misri dan hijazi.

 

 

Mohamad Husaini Mahmur

USIM, Ikon Seni Islam 

 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.