USIM NAIB JOHAN NASYID IHTIFAL

Nilai, Negeri Sembilan -  Acara pertandingan nasyid Ihtifal IPT Asean 2018 berlangsung  pada 1 April 2018 di Dewan Kuliah Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  menyaksikan 10 kumpulan berentap dengan menampilkan sembilan penyertaan daripada Universiti Awam dan IPT luar Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Indonesia.   

Kumpulan Fawaz dari Universiti Malaya meraih Johan dengan dendangan lagu Bakti dengan membawa pulang wang tunai sejumlah RM3,500 beserta trofi dan sijil penyertaan serta anugerah Lirik dan Lagu Terbaik turut dibolot oleh mereka. Manakala kumpulan Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul naib johan dengan lagu ‘Meraih Cinta’ merupakan lagu yang di bawa ke pentas Ihtifal Asean Nasyid 2018 yang bertemakan ‘Wasatiyyah Asas Transformasi Ummah’ sekaligus membawa pulang wang tunai sejumlah RM2,000 berserta trofi.  Universiti Malaysia Pahang mendapat tempat ketiga beserta hadiah wang tunai sejumlah RM1,500.00 dan trofi. Anugerah Kostum Terbaik telah dirangkul oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang tampil dengan baju rekaan tersendiri, manakala Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta Indonesia telah mendapat anugerah Persembahan Terbaik. Masing-masing membawa pulang RM500 dan trofi.

“Kumpulan nasyid yang bertanding pada kali ini memberikan hasil yang baik dan mereka membawa kreativiti tersendiri dan ada secara keseluruhannya ada peningkatan pada tahun ini.” Ujar Fauzi Marzuki ketua Juri dan juri lagu pertandingan nasyid ihtifal ASEAN.

Manakala Hisyam ketua kumpulan Intracksee menyifatkan bahawa pertandingan nasyid pada kali ini memberi cabaran besar kepada USIM selaku tuan rumah kerana setiap kumpulan bertanding mempunyai kelebihan dan keistimewaan khususnya dari segi penciptaan dan susunan lagu dan vokal.  Pertandingan nasyid pada kali ini diadili oleh karyawan seni yang tidak asing lagi penyanyi irama Malaysia Azizul Haqim Md Anuwar, komposer dan penulis lirik terkenal Azam Dungun dan CEO Islamic Tunes, Razin Mestica.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut menyempurnakan majlis penutupan adalah YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

 

Maklumat tambahan Ihtifal ASEAN

Ihitifal merupakan perkataan Arab yang merujuk kepada ‘perayaan’ atau ‘perhimpunan  besar’ untuk meraikan sesuatu peristiwa. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat kali keenamnya menganjurkan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi ASEAN 2018 bertemakan “Wassatiyyah Asas Transformasi Belia’ bermatlamatkan:

  1. Menonjolkan keunikan ilmu Islam yang disampaikan dan pelbagai kaedah dakwah.
  2. Menghimpunkan golongan belia Islam dari seluruh rantau ASEAN untuk membincangkan pelbagia isu semasa belia islam termasuklah pendidikan, dakwah dan pembangunan sosial masa kini.
  3. Mengeratkan ukhuwah dan silaturahim belia Islam dari pelbagai negara ASEAN serta meluaskan jaringan perkongsian ilmu.

 

Keputusan Pertandingam Nasyid Ihtifal ASEAN 2018

Keputusan

Tajuk Lagu

Universiti

Johan

Bakti

Universiti Malaya

Naib Johan

Meraih Cintamu

Universiti Sains Islam Malaysia

Ketiga

Dampingku

Universiti Malaysia Pahang

Lagu Terbaik 

Bakti

Universiti Malaya

Lirik Terbaik

Bakti

Universiti Malaya

Persembahan Terbaik

Bangkit Pemuda

Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta Indonesia

Kostum Terbaik

Kau Buta

Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Disediakan oleh:

EB MARYAM JAMALUDIN

EB Umaina El

EB  Ary Jayy

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.