SAYEMBARA CIPTA LAGU PUISI 2017 SERLAH BAKAT REMAJA

 

 

 

 

SAYEMBARA CIPTA  LAGU PUISI 2017  SERLAH BAKAT REMAJA

Kuala Lumpur, 16 November  – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat kali keduanya menganjurkan pertandingan Sayembara Mencipta Lagu Puisi bertempat  di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka. Sayembara ini diadakan untuk kategori remaja bagi memberi ruang dan peluang untuk karyawan muda menyerlahkan bakat mereka dalam bidang penciptaan lirik lagu di samping memartabatkan puisi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda kini.

USIM yang diwakili kumpulan Nuraga melalui persembahan lagu puisi “Syair Rindu” mendapat tempat ketiga dan menerima wang tunai RM1,000, manakala kumpulan Anak Seni Warisan mempersembahkan ‘Puisi Untuk Ayah’ berjaya merangkul Naib Johan sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 beserta trofi dan sijil penyertaan. Kumpulan Dua Jiwa dinobatkan sebagai Johan dengan memenangi hadiah wang tunai RM 3,000 berserta trofi dan sijil penyertaan. 

Acara akhir yang menyaksikan lapan kumpulan dipilih berentap peringkat akhir daripada 16 kumpulan yang bertanding di peringkat separuh akhir 15 November  lalu.

Barisan juri Dato’ Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia merangkap ketua juri, komposer terkenal, Encik Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer) dan Azam Dungun menilai tahap kreativi peserta melalui lirik lagu, melodi dan persembahan.

 “Sebenarnya melodi dan irama yang serasi dengan mood mesej puisi dapat meruntun jiwa pendengar untuk menghayati mesej yang tersirat dan tersurat dalam sesebuah puisi itu dan pada kali USIM menyampaikan lagu puisi berunsur ketuhanan yang mudah difahami dan lebih dekat dengan masyarakat.”. Ujar Saiful Anwar Malek, ketua kumpulan Nuraga.

Sementara itu, Pengerusi Urus Setia Kesenian Pelajar Pusat Kebudayaan USIM  Haziq Ikhwan berkata, “ Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017 ini adalah amat baik kerana ianya memberi pendedahan dalam penciptaan lagu melalui bentuk puisi dan menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat”. Persediaan  daripada peserta mengambil masa yang singkat untuk membuat persembahan sehingga ke peringkat akhir malah beliau juga berharap agar program ini diperluaskan ke setiap negeri.”

Kejayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menjayakan program ini dapat memberi semangat baharu kepada remaja yang berminat kepada muzik, melodi dan penulisan puisi yang dapat diserlah melalui bait-bait puisi dalam sayembara seumpama  ini. Tetamu Kehormat Tan Sri Norliza Rofli Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan diiringi Datuk Hj. Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Disediakan oleh:

Pn. Rozihani Mohamad

Pegawai Kebudayaan

 

 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.