KONSERT MUNAJAT KUMPUL DANA UNTUK ROHINGYA

KONSERT MUNAJAT KUMPUL DANA UNTUK ROHINGYA

 

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Utusan Malaysia dengan kerjasama Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Istana Budaya dengan jayanya telah menganjurkan Konsert Munajat untuk Rohingya: Sepasang Tangan Berdoa dan Tabung Rohingya yang bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan dan sokongan padu kepada etnik Rohingya yang sedang mengalami krisis kemanusiaan

Hasil kutipan jualan tiket masing-masing berharga RM20 dan RM10 keseluruhannya disalurkan kepada rakyat Rohingya melalui Yayasan Utusan bersama dengan hasil kutipan sumbangan yang diperolehi daripada jabatan-jabatan di USIM.

Artis jemputan yang hadir, Dato' Nash berkata, konsert amal ini merupakan satu pendekatan secara santai dan bukan hanya semata-mata sebagai hiburan tetapi sebagai ibadah dan kebajikan artis yang terlibat.

"Terjemahan dalam lagu saya turut melambangkan betapa indah suasana kita yang mempunyai budi pekerti yang hebat untuk sama-sama memberikan sentuhan keperikemanusiaan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Konsert yang diadakan di Lambang Sari,Istana Budaya ini turut dijayakan oleh beberapa artis jemputan dan penyair terkenal negara yang lain seperti Khalid Salleh, Dr Lim Swee Tin, Adiwangsa Sukma, Adinda Amiro, Sani Sudin, NadiaFauzi, Roslee Mansor dan ramai lagi ,turut disertai oleh beberapa badan pelajar USIM  di bawah Urusetia KesenianPelajar (UKP).

Konsert yang dihadiri lebih 300 orang penonton tersebut menampilkan persembahan bervariasi tersendiri dengan mengenengahkan pelbagai genre melalui deklamasi puisi , nyanyian, monolog kemanusiaan, dekon puisi muzikal isasi dan sebagainya Berjaya membawa penonton bersama menyelami dan menghayati kesengsaraan juga penderitaan etnik rohingya yang ditindas dan ditekan  di tanah air mereka sendiri.

Menariknya, konsert malam tersebut turut menampilkan tetamu istimewa iaituTimbalan Naib Canselor (Hal EhwalPelajar& Alumni) USIM, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd. Khair Ngadiron yang bersama mendeklamasikan puisi bertajuk Sepasang Tangan Rohingya.

 Jumlah kutipan yang terkumpul kini melebihi RM1.4 billion, hasi usaha samaUtusan Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji, Kelab Putra 1 Malaysia, Yayasan Kumpulan Utusan dan TV  Al Hijrah, yang bertujuan membantu etnik Rohingya di Myanmar dan juga di Malaysia.

Tabung yang dilancarkan bermula hujung November tahun lepas dan sepatutnya berakhir pada awal April tahun ini diteruskan kerana mendapat sambutan dankerjasama yang baik terutamanya dari institusi-institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

Oleh: EB Noradibah Azmi.

          EB Amiratul Arifah Abdul Rahim.

 

.

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.