Soft Skills 2015

jumlah program

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2015

(Graf: Jumlah Program dan Peserta yang Terlibat Dalam Aktiviti Kesenian Pusat Kebudayaan Tahun 2015)

Tahun 2015 merekodkan sejumlah 92 program yang melibatkan anjuran Pusat Kebudayaan, fakulti dan PTj serta jemputan luar university dengan jumlah penglibatan pelajar sebanyak 2,215. Ini menunjukkan bahawa peningkatan sejumlah 3.4% pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 yang mencatatkan 86 program. Manakala penglibatan pelajar turut meningkat 10.4% dari tahun 2014. Graf menunjukkan bahawa bulan Mei mencatatkan sebanyak 578 peserta terlibat dalam aktiviti seni budaya. Ini kerana pada bulan tersebut Pusat Kebudayaan menganjurkan Festival Seni USIM (i-FESSEM) yang disertai oleh semua Urus Setia Kesenian Pelajar.

 

 

PENGLIBATAN URUS SETIA KESENIAN PELAJAR MENERUSI 7 ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

(Graf: Dapatan Maklum Balas Rsponden Terhadap Penekanan KI Dalam 13 Aktiviti Seni Budaya USIM Tahun 2015)

Pusat Kebudayaan telah merangka dan melaksanakan strategic menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju dan Strategik Pusat Kebudayaan 2015-2025. Ianya merangkumi 4 Strategik Utama iaitu Pendidikan Seni Budaya, Pengkayaan Sumber Seni, Pembangunan Softsskill dan Pengukuhan Program Seni. Melalui strategikcyang dibina, program-program yang dilaksanakan memfokuskan kepada elemen-elemen yang terdapat dalam keempat-empat strategic tersebut. Pusat Kebudayaan sentiasa memberi penekanan khusus kepada program pengajaran dan pembelajaran dalam merealisasikan tujuh (7) elemen Kemahiran Insaniah. 7 elemen KI  ini amat penting untuk pelajar sebagai value added setelah mereka bergraduasi dan seterusnya melangkah kealam kerjaya. Berikut merupakan data dapatan daripada 723 responden yang mewakili (30 peratus) daripada peserta keseluruhan yang diambil menerusi boring Penilian Program daripada 13 program tahun 2015 anjuran Pusat Kebudayaan.

 

 

pencapaian 2016

PENILAIAN 30% RESPONDEN TERHADAP PENEKANAN KI DALAM 13 PROGRAM SENI BUDAYA USIM 2015

  

Hasil Program

Berdasarkan paparan maklumat tersebut, maklum balas pelajar menunjukkan bahawa kesemua tujuh elemen Kemahiran Insaniah Berjaya diterapkan melalui penganjuran dan pelaksanaan program seni budaya. Jelas menunjukkan bahawa penerapan elemen KI amat releven untuk membantu kematangan mahasiswa USIM. Secara keseluruhannya prestasi KI pelajar khususnya Urus Setia Kesenian Pelajar semakin meningkat dengan penglibatan sejumlah 2,215 peserta dalam 92 program sepanjang tanhun 2015. 

 

  

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.