Soft Skills 2014

     Pusat Kebudayaan sentiasa peka terhadap kebolehpasaran graduan yang memerlukan pakej latihan lengkap untuk tampil sebagai graduan seimbang. Tahun 2014 merekodkan sejumlah 86 program yang melibatkan anjuran Pusat Kebudayaan, Fakulti dan PTj serta jemputan luar Universiti. Dengan jumlah penglibatan sebanyak 1,797  peserta program jelas menunjukkan proses pembangunan pelajar amat signifikan dan Pusat Kebudayaan memberi penekanan khusus kepada program pengajaran dan pembelajaran dalam merealisasikan tujuh (7) elemen Kemahiran Insaniah. Berikut merupakan dapatan data daripada 180 responden yang mewakili (10%) daripada peserta keseluruhan  yang diambil menerusi borang penilaian program daripada lima (5) program  tahun 2014 anjuran Pusat Kebudayaan. (Sila rujuk lampiran 4 - Graf 10% Dapatan Maklum Balas Responden Terhadap Penekanan  KI Dalam 5 Aktiviti  Seni Budaya USIM Tahun 2014).

 

Dapatan Maklum Balas Responden Terhadap Penekanan KI

Dalam 5 Aktiviti Seni Budaya USIM Tahun 2014

 

     Dalam melestarikan intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli, Pusat Kebudayaan menitik beratkan aspek Kemahiran Insaniah yang merupakan keperluan pelajar USIM khususnya Urus Setia Kesenian Pelajar. Pelbagai program pembangunan pelajar telah dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat ini antaranya program berimpak tinggi Festival Seni USIM (i-FESSEM), Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) dan Malam Puisi GAZA: Ekspresi Jiwa dan Munajat Doa Untuk Palestin. Tahun 2014, kesemua tujuh (7) elemen KI dilaksanakan menerusi dapatan data 10% maklum balas responden melalui lima (5) program seni budaya anjuran Pusat Kebudayaan. Jika diperhatikan pada rajah dibawah, Kemahiran Kepimpinan adalah aspek pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan dengan jumlah 52.08% diikuti oleh Kemahiran Kerja Berpasukan 48.33%. Kedua-dua elemen ini sangat berjaya diterapkan kepada pelajar melalui peluang dan mandat yang diberikan kepada pelajar untuk memimpin sesebuah organisasi. Seterusnya data dapatan bagi elemen Etika dan Moral Profesional sejumlah 45.00% dan pelajar berpandangan bahawa ilmu dan pengalaman yang diperolehi melalui program yang disertai turut dapat dijadikan satu proses Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat dengan dapatan data sejumlah 42.22%. Seterusnya elemen Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah  merekodkan dapatan data sejumlah  40.56% manakala Kemahiran Komunikasi berjumlah 37.78%. Sejumlah 29.92% dapatan data menunjukkan Kemahiran Keusahawanan merupakan salah satu elemen yang turut diterapkan oleh Pusat Kebudayaan bagi memberi peluang kepada pelajar menjana pendapatan melalui program seni budaya.

 

Hasil Program

     Melalui maklumat yang dipaparkan, secara keseluruhannya prestasi KI pelajar khususnya Urus Setia Kesenian Pelajar semakin meningkat dengan penglibatan sejumlah 1,797 peserta sepanjang tahun 2014. Maklum balas pelajar menunjukkan bahawa kesemua tujuh elemen Kemahiran Insaniah berjaya diterapkan melalui penganjuran dan pelaksanaan program seni budaya. Keberkesanan program dan aktiviti penganjuran Pusat Kebudayaan berupaya membantu meningkatkan kemahiran pelajar dan seterusnya mampu mendepani cabaran dan keperluan kerjaya.

Analisis Data 10% Penglibatan Responden Terhadap Penekanan KI

Dalam 5 Program Seni Budaya USIM Bagi Tahun 2014

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.