Penerbitan Seni

Pusat Kebudayaan mempunyai beberapa produk penerbitan untuk dikongsi bersama masyarakat. Produk penerbitan ini berbentuk buku, album seni Islam seperti qasidah, lagu tradisional, selawat, buku puisi, penulisan ilmiah, karya kreatif seperti komik dan penulisan khat dan lain-lain penerbitan yang patuh syariah (sila rujuk lampiran kadar caj perkhidmatan seni).

 

1. Album Bushra Lana Qasidah Kontemporari

Album yang ditransformasikan reka bentuknya agar lebih bersifat komersial bagi memenuhi kehendak pasaran muzik Islam tanah air. Sejumlah enam (6) buah lagu qasidah tradisi telah dirakam  dengan  melibatkan enam (6) orang pelajar USIM daripada pelbagai fakulti yang dikenali dengan nama Kumpulan Bushra Lana terdiri daripada Urus Setia Kesenian Pelajar. Album ini telah dilancarkan oleh pada 24 Oktober 2012 oleh Y.B Datuk Dr. Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Galeri HEP, USIM.

Harga: RM15.00

2. Buku INSART (International Seminar of Arts in Human Development in Modern Era)

Buku INSART merupakan himpunan kertas kerja melibatkan 7 pembentang dari negara Indonesia, Austria dan Malaysia. Penulisan ilmiah ini memfokuskan seni dan kaitannya dengan sains, sosio budaya dan agama. INSART telah berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2015 di USIM.

Harga: RM25.00

3. Komik Apo Jolah

Dihasilkan oleh sejumlah 18 orang pelajar daripada pelbagai fakulti yang mempunyai bakat dan minat mendalam terhadap lukisan, iaitu Kumpulan Seni Lukis Pena Emas Urus Setia Kesenian Pelajar diketuai Mohd Fawaz Adli Mohd Yani di bawah bimbingan Pengajar Seni Budaya dibawah Encik Muhammad Zarihi Nubhan Abd Rahman – Alumni USIM. Komik ini mengandungi mesej-mesej yang berunsur teladan beserta nasihat-nasihat yang berguna pada pembaca.

Harga: RM10.00

4. Buku Kumpulan Puisi Garizahku Buat Maharani

Merupakan terbitan ITBM dengan kerjasama Penerbit USIM karya Adiwangsa Sukma. Buku Kumpulan Puisi ini mengandungi mesej-mesej dari al-Quran dan hadis disampaikan secara unik, iaitu melalui puisi dan ilustrasi yang begitu indah. Karya  ini dinilai oleh YBhg. Dr Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Dr. juga merupakan Penasihat Produk Seni USIM.

Harga: RM50.00

5. Album Lagu Melayu Asli

Album Lagu Melayu Asli dan kelestarian warisan USIM menampilkan tiga Tokoh Seni utama Lagu Melayu Asli di Malaysia iaitu R. Ismail, Aspalela Abdullah dan Raftah Bachik. Istimewanya juga terdapat 3 lagu yang diinovasikan mengikut tema yang diilhamkan mengikut cita rasa dan mampu menjadi ikutan masyarakat sepanjang zaman seperti Keagungan Tuhan, Rasulullah SAW dan Semangat Patriotik. Rangkap pantun Islamisasi ini telah dikarang oleh pelajar USIM Urus Setia Kesenian Pelajar iaitu Abdul Hadi Md Akhair, Ummi Hajar Muslim, Sitti Salimah Salamun, Siti Walida Parson, Mohd Helmi Jefri dan alumni yang sentiasa menyokong perjuangan seni Ahmad Faiz Ab Aziz dan Muhammad Shukri Sahari.

Harga: RM15.00

6. Seni Khat

Pusat Kebudayaan turut mengetengahkan hasil kreatif kaligrafi Kumpulan Seni Khat Farisi Urus Setia Kesenian Pelajar USIM. Kumpulan ini menghasilkan variasi seni khat seperti cenderamata berbentuk frame, poskad, penanda buku dan sebagainya. Untuk tempahan, sila rujuk kadar perkhidmatan Urus Setia Kesenian Pelajar USIM.

*harga tertakluk kepada tempahan

 Caj perkhidmatan seni

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.