fasiliti seni

Pusat kebudayaan menyediakan kemudahan untuk pelajar mengadakan latihan khususnya persembahan pentas. Antara kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

1.   Studio Latihan Seni

  • Studio latihan seni digunakan oleh pelajar khususnya Urus Setia Kesenian Pelajar untuk menjalani latihan bersama kumpulan dan jurulatih. Studio ini sesuai digunakan untuk latihan tarian tradisional, nyanyian secara berkumpulan serta latihan-latihan yang bersesuaian dengan kemudahan yang sedia ada.
  • Studio ini juga mampu memuatkan 30 orang mengikut kesesuaian program yang dijalankan seperti bengkel dan kursus.

 

 

2.   Studio Muzik

  • Studio muzik mempunyai kelengkapan rakaman untuk vokal dan mampu menempatkan 10 orang di dalamnya.
  • Studio muzik ini telah dinaik taraf dan kini mencapai standard yang setara seperti studio rakaman di luar.

 

 

 3.   Galeri Seni

  • Galeri Seni Pusat Kebudayaan USIM mula beroperasi sejak Jun 2008 bersempena dengan perpindahan Bangunan Hal Ehwal Pelajar sementara ke Bangunan tetap Hal Ehwal Pelajar pada Mei 2008.
  • Berfungsi sebagai salah satu lokasi untuk dilawati oleh pengunjung dalam dan luar USIM khususnya untuk mendapatkan maklumat awal mengenai kebudayaan dan kesenian USIM.
  • Galeri Seni ini juga merupakan pusat sumber dan rujukan yang memuatkan dokumentasi visual dan bertulis program seni budaya anjuran dalam dan luar Universiti. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.