JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 80 PENJANAAN MELALUI PENAJAAN i) Pendapatan PTj Persembahan seni merupakan antara aspek khidmat yang mendapat tempat di dalam dan luar USIM. Pusat Kebudayaan USIM sentiasa proaktif dalam melebarkan sayap bersama pihak luar dan diperluaskan melalui jaringan bersama pihak industri melalui penglibatan aktiviti persembahan seni. Aspek ini mendapat sambutan menggalakkan dan memberi impak positif apabila sumbangan penajaan yang diperolehi sejumlah RM65,550.00. Aktiviti Pembangunan Seni Budaya mencatatkan sejumlah RM18,500.00. Penjanaan ini diperolehi menerusi kerjasama bersama rakan strategik bagi program Jelajah Sukarelawan (Negeri) USIM Street Dakwah@ Jitra dan Kubang Rotan, Kedah, Jelajah Sukarelawan (Dun) USIM Street Dakwah@Johol, Negeri Sembilan dan Puisi Kemerdekaan PENA-USIM. Sewaan teknikal pula memperolehi pendapatan sejumlah RM13,700.00 di bagi pelaksanaan program seni budaya dalam dan luar Universiti Produk Seni USIM yang telah diterbitkan sejak tahun 2016 hingga 2018 antara penyumbang kepada penjanaan jabatan dan telah memperoleh sejumlah RM4,002.00 melalui jualan. Kursus Jangka Pendek memperolehi RM500.00 bagi program berbentuk rujukan kepakaran (pembelajaran seni). Rumusan Penjanaan Pendapatan Kewangan Secara keseluruhan Pusat Kebudayaan memperolehi sejumlah RM101,252.00 hasil daripada pendapatan kewangan bagi tahun 2018 PENAJAAN KEWANGAN PROGRAM SENI BUDAYA 2018 KURSUS JANGKAPENDEK PENJUALAN PRODUK SENI SEWA TEKNIKAL PERSEMBAHAN SENI AKTIVITI PEMBANGUNAN SENI BUDAYA 0% (RM500.00) 4% (RM4,002.00) 14% (RM13,700.00) 18% (RM18,500.00) 64% (RM64,550.00)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=