JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 74 Mohd Imran Bin Kamarudin Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian Fakulti : Ekonomi & Muamalat Graduan : 2011 Jawatan Kelab Urus Setia Kesenian : Ahli Kumpulan Nasyid Intracksee Kerjaya sekarang : Guru di SK Taman Tampoi Utama, Johor Bahru Pada tahun 2007, bermula era baru dalam hidup saya apabila bergelar mahasiswa dan menyertai Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP). Saya telah menjadi ahli kumpulan Nasyid Intracksee dan mewakili USIM ke pertandingan Nasyid Universiti di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2010. Kejayaan terbesar dalam hidup saya sepanjang menyertai pertandingan apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada tahun 2009. Ini merupakan Kejayaan saya diteruskan lagi dengan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingn Marhaban di Astro pada tahun 2008. Dalam dunia kerjaya sekarang sebagai Guru Pendidikan Islam, saya telah membimbing pasukan Nasyid di negeri Johor dan Sarawak antaranya SK Taman Tun Aminah 2 (2012-2013) dan berjaya mendapat tempat ketiga Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor. Semasa bertugas di Sibu Sarawak pula saya meneruskan minat dengan melatih SK Sentosa dan mendapat Naib Johan Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2015. Manakala pada tahun 2019 saya telah berpindah ke Johor dan giat membimbing murid dalam persembahan nasyid di SK Taman Tampoi Utama, Johor Bahru. Penghargaan tertinggi buat pengurusan USIM khususnya Pengarah PK En. Ismail Ahmed dan staf yang menjadi tonggak utama dalam menyokong segenap usaha penjanaan mahasiswa hebat di USIM. Sehingga hari ini, saya bersyukur kerana banyak yang saya pelajari semasa bersama keluarga PK dan semoga ukhuwah kita sentiasa terjalin. USIM tetap di hati!. Tidak Jemu Menabur Bakti Farhan Najmi Bin Abdul Rahim Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dengan Kepujian Fakulti : Sains & Teknologi Graduan : 2015 Jawatan Kelab Urus Setia Kesenian : Ketua Intracksee Kerjaya sekarang : Eksekutif Operasi di Fantastic Food Factory, Ara Damansara Ibarat keluarga kedua saya di sini. Begitu banyak pengalaman berharga yang saya tidak mampu perolehi selain di bilik kuliah. Saya dilantik sebagai ketua kumpulan Intracksee dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Semasa memimpin Intracksee ianya mendidik saya belajar tentang pelbagai kemahiran, terutamanya dalam kepimpinan, komunikasi, pentadbiran, selain terus membina diri yang lebih yakin, berdaya kreatif serta bertanggungjawab. Masih segar diingatan apabila berpeluang bertemu dengan karyawan seni, artis dan penggiat seni tanah air. Kini, bertugas sebagai Eksekutif operasi di Fantastic Food Factory membuatkan saya tidak gusar dalam menguruskan hal berkaitan pentadbiran. Pengalaman yang diperolehi di USIM banyak mendidik saya dalam berfikir secara rasional dan membina kematangan diri. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Pusat Kebudayaan USIM En. Ismail Ahmed dan staf Pusat Kebudayaan yang lain kerana memberi saya peluang untuk saya menunjukkan bakat yang sedia ada di pentas PK ini. seterusnya kepada Tenaga Pengajar Seni Budaya Huzaimi Zaini dan Azizul Haqim yang banyak memberi bimbingan dalam persembahan seni dan berkongsi pengalaman tentang pertandingan nasyid. Sesungguhnya saya amat rindu untuk kembali ke masa dahulu saat-saat manis kita kenangkan bersama. Terima kasih USIM. Bakat Memimpin Bermula di Sini
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=