JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 73 Urus Setia Kesenian Pelajar TESTIMONIAL ALUMNI (UKPIANS) Norshahril Bin Sabaruddin Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling dengan Kepujian Fakulti : Kepimpinan & Pengurusan Graduan : 2008 Jawatan Kelab Urus Setia Kesenian : Ahli koir USIM & Ahli Kelab Muzik Moden USIM Kerjaya sekarang : Pembantu Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Dalam kerjaya kini, saya perlu melaksanakan pembangunan dan operasi sistem berkaitan penguatkuasaan dan juga urus tadbir organisasi bahagian ini. Bagi memastikan ianya berjalan lancar, perlu ada kreativiti dalam kepimpinan dan komunikasi supaya amanah yang diberi dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Di sinilah saya menggunakan ilmu ditimba hasil sepanjang di PK USIM sejak tahun 2008 hingga tamat pengajian pada tahun 2012. Bermula dengan ahli koir dan muzik moden saya terlibat dalam acara dan majlis rasmi universiti. Kenangan yang masih segar diingatan apabila mendapat johan dalam Festival CIPTA Lagu Patriotik (CIPTA). Ianya amat memberi impak dalam pengembangan bakat saya dalam nyanyian. Di sini banyak suka-duka yang terbina. Penglibatan bersama entiti lain seperti Jabatan Penjara Malaysia adalah pengalaman berharga. Sejujurnya juga tidak pernah terfikir dek akal bahawa suratan yang saya akan bekerja dalam anggota beruniform di Jabatan Pangangkutan Jalan kini. Namun perancangan Allah swt adalah sebaik-baiknya. Minat dalam nyanyian masih menebal dan hingga kini saya aktif mengadakan persembahan di jabatan ini. Penghargaan tertinggi buat pengurusan tertinggi Universiti yang menjadi tonggak utama dalam menyokong segenap usaha penjanaan mahasiswa hebat di USIM. Amat disayangi keluarga PK USIM yang terus komited terutamanya dari kepimpinan Pengarah Pusat Kebudayaan En. Ismail Ahmed, bersama penggeraknya bermula dari pegawai hingga ke staf dan rakan-rakan yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik. Semoga PK USIM Terus Maju. “Pleasure in life is to do what people say you can’t do”! Seni dan Kerjaya Sentiasa Seiring Muhammad Zulhusni Bin Amirulmominin Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Fakulti : Kepimpinan & Pengurusan Graduan : 2013 Jawatan Kelab Urus Setia Kesenian : Ahli Kumpulan Tarian Fansuri Kerjaya sekarang : Pegawai Psikologi, Ibu Pejabat Penjara Malaysia Saya mula menyertai Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) ketika di semester kedua Tamhidi pada tahun 2008 sehinggalah tamat peringkat Sarjana Muda pada tahun 2013. Sejujurnya saya sangat bersyukur dan bertuah diberi peluang menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Pusat Kebudayaan (PK) USIM. Terlalu banyak ilmu, kemahiran ‘soft skills’ dan pengalaman bernilai yang saya dapat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penglibatan bersama UKP. Daripada seorang yang agak pasif saya mula mencabar diri untuk keluar mencari keyakinan diri berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai “pleasure in life is to do what people say you can’t do”!. Kerjaya sebagai seorang Pegawai Psikologi yang perlu berhadapan dengan pelbagai jenis klien dan ragam. Berhadapan dengan mereka, saya harus berkeyakinan dan sentiasa proaktif, bijak berkomunikasi dan kreatif dalam menjalankan tugas seharian. Pengalaman dan peluang melibatkan diri dalam pelbagai jenis majlis rasmi, menyertai kursus dan juga bengkel berkaitan sahsiah diri, pengurusan kepimpinan dan komunikasi telah membantu membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan berdisiplin “Teamwork makes the dream work”!. Didoakan semoga USIM dan PK terus maju jaya dalam merealisasikan impian menjadi pusat Seni Berbudaya yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli sehingga ke persada antarabangsa. Dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi selama ini tiada istilah mustahil bagi PK USIM untuk menjadikan semua impian satu realiti yang pasti dikecapi. Tahniah!.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=