JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 72 bagi meningkatkan kemahiran pelajar dari sudut teori dan praktikal secara konvesional dan digital. Di antaranya ialah: 1. Teknik garisan dan lakaran (stroke and sketch). 2. Teknik kemasan (inking). 3. Teknik pencahayaan dan pengkaburan (shading and fading). 4. Teknik warna dan cat (colour and painting). DRAWING DUBSTEP Drawing Dubstep ialah persembahan melukis sambil melakukan gerakan tubuh mengikut rentak dan irama lagu. Lukisan haruslah mengikut tema lagu dan diselesaikan dalam sesuatu tempoh mengikut durasi lagu yang dimainkan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran lukisan sambil meningkatkan ketahanan mental untuk penumpuan yang lebih jitu. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran pengurusan dalam membuat sesuatu keputusan dengan pantas. Kebanyakan artis lukisan memiliki sikap segan dan silu, dengan aktiviti ini, keberanian artis lukisan Pena Emas semakin berani tampil ke hadapan untuk melakukan persembahan dan juga berdaya saing dengan kumpulan kesenian yang lain. Mendaki Gunung Datuk, Rembau Drawing Dubstep di Gunung Datuk Drawing Dubstep di Program C-Fest Latihan Persembahan Latihan persembahan Liputan akhbar Berita Harian LATAR BELAKANG Muhammad Zarihi Nubhan bin Abdul Rahman dilahirkan di Selangor, merupakan graduan USIM Ijazah Sarjana Muda jurusan Dakwah dan Kepimpinan tahun 2006. Bergiat dalam dunia penerbitan buku selaku penulis, editor, pereka grafik, dan juga ilustrator. Beliau terdedah dengan dunia penerbitan menerusi perusahaan keluarganya sejak kecil lagi. Mula berkhidmat di Pusat Kebudayaan USIM sebagai Tenaga Pengajar Sambilan Seni Lukisan sejak tahun 2007 sehingga kini. Menjawat Pengerusi Persatuan Alumni USIM 2007-2010. Antara guru seni lukis peribadi beliau ialah Mohd. Nazri Md. Udin atau lebih dikenali sebagai kartunis Arie. Kemahiran seni lukis beliau bukan sahaja menerusi kaedah konvensional, malahan juga dengan kaedah digital. Selain menggunakan namanya sendiri, beliau juga memiliki pelbagai nama samaran dalam penghasilan pelbagai karya iaitu: 1. Emzen - Lukisan Potret 2. Akasyah Arfani - Rekabentuk Grafik 3. Zarihan Syahzihan - Penulisan atau penyuntingan. HASIL KARYA LUKISAN • 24 potret mantan Ahli Lembaga Pengarah USIM medium pensel dan arang. • Kulit Buku Sejarah - Penjajahan Barat di Nusantara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, medium digital. “Lukisan bukan dinilai dengan wang ringgit, tetapi dinilai dengan keberadaannya. Sekiranya bertepatan, sudah tentu ia tiada ternilai.” Nubhan HASIL KARYA SENI TERKINI 36 Hours for The Golden Master adalah gelaran yang diberikan oleh beliau ke atas karya potret guru pengurusan seninya iaitu En. Ismail Ahmed dengan medium acrylic di atas kanvas berukuran A2. Gelaran itu adalah sebagai satu tanda penghargaan beliau kepada Pengarah Pusat Kebudayaan USIM selama mengenalinya lebih sedekad. Lukisan tersebut mengambil tempoh selama 36 jam untuk disiapkan. Ia merupakan hasil sumbangan kakitangan PK USIM yang dihadiahkan sempena Ifessem 2019 sebagai cenderamata kepada Pengarah Pusat Kebudayaan USIM. Artis seni lukis bukanlah artis gelandangan, kerana jiwanya diserap seni pada setiap pandangan. Oleh itu mereka tiada hairan dengan persekitaran, kerana asyik dengan rasa kehambaan menyaksikan hasil ciptaan Tuhan.” Nubhan “
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=