JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 71 Pada masa kini, gambaran dari bentuk seni lukisan semakin diperlukan bagi menyatakan sesuatu peristiwa sama ada melibatkan individu atau sebaliknya. Ia menjadi satu bahan rujukan bagi sesuatu bahan bacaan dan juga menjadi bahan media penyampaian menerusi lukisan kartun sepertimana yang kini wujud di dalam buku teks sekolah. Konsep penyampaian dakwah islamiah menerusi lukisan kartun juga sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat semasa. Namun demikian, permintaan yang tinggi di pasaran masih belum cukup dipenuhi secara menyeluruh dari semua aspek bidang agama. Selaras perkara itu, ramai mahasiswa USIM yang mengambil bahagian secara sukarela untuk menyediakan bahan penyampaian dakwah islamiah menerusi seni lukisan dan diletakkan di laman sosial. Sejajar dengan prinsip universiti iaitu mengintegrasikan dalil naqli dan dalil aqli, penyampaian dakwah menerusi lukisan kartun haruslah lebih sensitif seperti menutup aurat dan mematuhi syariah. Penyampaian sesuatu subjek agama haruslah dilaraskan mengikut aras bahasa dan dihuraikan mengikut aras pemikiran masyarakat. Kepentingan menjaga maruah agama dalam menyebarkan dakwah adalah amat dititik beratkan. Begitu jugalah yang disepakati dan disampaikan oleh warga pendidik USIM yang memberi dorongan kepada ahli kumpulan seni lukisan Pena Emas dalam penghasilan komik dakwah terkini. Usaha Pusat Kebudayaan untuk memastikan anak didik usim memiliki kemahiran dan juga berintegriti memberi pertanggungjawaban dan mandat kepada tenaga pengajar untuk membimbing mahasiswa. Tenaga pengajar kumpulan seni lukisan mengambil inisiatif bagi melakukan penyelarasan demi meningkatkan kemahiran berdasarkan kemampuan mahasiswa USIM yang bakal menjadi jentera pendakwah menerusi bidang seni lukisan berdasarkan modul seni lukisan Pusat Kebudayaan USIM (MSB-LKS I & II). Mahasiswa seharusnya mengenepikan keutamaan pada minat terhadap jenis lukisan yang khusus untuk memahami proses peningkatan kemahiran asas seni lukisan terlebih dahulu, bahkan menguasai teknik pelbagai jenis lukisan akan memantapkan lagi pengkhususan yang diinginkan. Menerusi proses pembelajaran dan pengalaman maka percambahan idea semakin meruah untuk mempelbagaikan lagi bentuk penyampaian dakwah islamiah secara berkesan dengan berintegriti. “Minat adalah kecenderungan, akan tetapi untuk menjadi artis seni lukisan ia memerlukan pelbagai teknik dan kemahiran.” Nubhan KELAS LUKISAN BAGI MAHASISWA Proses pengambilan ahli kumpulan Pena Emas berlangsung pada awal semester, dan akan dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan kemahiran yang dikenal pasti menerusi beberapa ujian. 3 aras kemahiran yang akan dipelajari oleh mahasiswa secara berperingkat menerusi kelas lukisan Pena Emas iaitu: 1. Karikatur, kartun dan warna. (konvensional dan digital) 2. Potret, dan pemandangan. 3. Penerbitan dan penghasilan karya komik. “Tiada yang mudah untuk berjaya selain ianya bermula.” Nubhan EKSPLORASI JIWA SENI LUKISAN Jika tiada sebarang latar pendidikan seni lukisan, namun berazam untuk menjadi mahir dalam bidang seni lukisan, pelbagai kaedah wajar diusahakan untuk memperolehinya. Hanya kerana minat mana mungkin ia akan menjadi, hanya kerana bakat tidak mungkin ia dikenali. Penguasaan kemahiran seni lukisan dapat dikuasai menerusi berberapa elemen seperti dorongan, minat, pengamatan, tujuan, teknik, latihan dan ketahanan emosi. EKSPLORASI SENI LUKISAN Tujuan Hadiah, penghargaan, kenangan, penyampaian atau meningkatkan kemahiran. Teknik Belajar, memahami, mengenali pelbagai teknik garisan, lorekan campuran warna dan lain-lain. Ketahanan Emosi Menerima kegagalan dan kesilapan, dan berusaha untuk memperbetulkan. Pengamatan Proses mengenal pasti bentuk visual sehingga berdaya imaginasi (pembayang). Latihan Mengulangi penggunaan pelbagai teknik. Minat Minat yang mendalam terhadap sesuatu visual. Dorongan Keluarga, guru, rakan, atau kenalan. “Artis seni lukis bukanlah artis gelandangan, kerana jiwanya diserap seni pada setiap pandangan. Oleh itu mereka tiada hairan dengan persekitaran, kerana asyik dengan rasa kehambaan menyaksikan hasil ciptaan Tuhan.” Nubhan TEKNIK DAN LATIHAN Eksplorasi kemahiran pelajar menerusi pengamatan terhadap kecenderungan bagi setiap pelajar untuk mengimprovasikan bakat pelajar ke arah pelbagai bentuk Muhammad Zarihi Nubhan BinAbdul Rahman Berdakwah Menerusi Seni Lukisan PENGAJAR SENI BUDAYA

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=