JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 69 Assalamualaikum w.b.t Jika disingkap kembali tiga tahun lalu, perjalanan saya di Pusat Kebudayaan USIM bermula dengan menyertai kelab nasyid Intracksee dan kumpulan koir The Voices kerana kecenderungan minat saya dalam nyanyian. Dari situ saya mula aktif menyertai program anjuran Pusat Kebudayaan USIM. Setelah setahun bergiat aktif, saya dilantik sebagai ketua kumpulan koir USIM. Dalam pada masa yang sama saya juga terlibat dalam membantu menguruskan program kesenian dan pada sesi 2017/2018 saya dilantik menjadi pengerusi kelab Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP). Peranan seorang ketua bukanlah suatu perkara yang mudah. Tanggungjawab yang dipikul untuk menguruskan 17 kumpulan kesenian adalah cabaran yang getir. Akan tetapi, ianya lebih teratur dan berstruktur kerana kerjasama dan sifat berpasukan yang utuh menjadi sumber kekuatan kepada saya. Sebagai mahasiswa, saya juga menghadapi kekangan masa dengan waktu perkuliahan dan program universiti. Ianya juag menjadi hambatan apabila saya turut dilantik sebagai jawatankuasa dalam program fakulti. Dek kesibukan ini menjadikan saya perlu berfikir secara ‘luar biasa’ dan rasional bagaimana untuk menyusun amanah dan tanggungjawab yang diberi. Saya memperoleh banyak pengalaman yang berharga di UKP. Antara pengalaman yang tidak boleh saya lupakan sewaktu berada sepanjang menjawat jawatan pengarah Program Jelajah Sukarelawan USIM Street Dakwah yang diadakan di Johol, Negeri Sembilan dan Kubang Rotan, Kedah. Pengalaman mengendalikan program seperti ini adalah cabaran baru bagi saya. Namun, saya amat bertuah kerana saya dibantu oleh rakan-rakan dan pegawai Pusat Kebudayaan USIM. Berada bersama keluarga angkat juga kenangan manis untuk kenang. Semasa berada dengan keluarga angkat saya dapat mengikuti rutin dan rasai suasana kampung yang sedikit berbeza dengan keluarga saya.. Makanan tradisi Kedah dan sukan rakyat tarik upih dan bermain dibendang padi merupakan antara keunikan USIMStreet Dakwah. Kedah yang sememangnya terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi meninggalkan sebuah kenaangan indah untuk dihayati. Sementara itu, program dilaksanakan di Pusat Kebudayaan USIM banyak membantu mahasiswa meningkat kemahiran insaniah. Pelaksanaannya juga melibatkan masyarakat dari pelbagai peringkat. Sebagai contoh, program Sembang Pohon Keranji yang diadakan di kediaman Sasterawan Negara. Mereka yang terlibat dalam program ini tidak terbatas kepada mereka yang pakar dalam bidang sastera dan budaya sahaja malah ianya melibatkan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Justeru, UKP bukan sahaja sebuah kelab yang mengajar tentang kesenian, tetapi juga satu medan persediaan untuk para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan kerana di sini kita dapat membina kematangan dan menimba pengetahuan melalui hubungan dan jaringan bersama pihak industri. Di samping itu, pengalaman yang sangat berharga ketika bersama Pusat Kebudayaan adalah sewaktu memenangi anugerah Tokoh Pemimpin Program Kebudayaan peringkat universiti. Pada awalnya, saya merasakan tidak layak untuk menyertai, namun setelah berbincang dan mendapat dorongan, akhirnya saya bersetuju untuk menyertai. Faktor awal untuk menolak penyertaan pertandingan adalah kerana bertembung dengan persiapan tesis tahun akhir pengajian saya. Tetapi Allah itu Maha Mengetahui dan Dia permudahkan segala urusan. Walaupun ada beberapa kali membuat pembetulan pada penulisan tesis, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Perasaan saya waktu itu bercampur-baur. Gembira, terharu dan sedih, kerana saya tahu itu adalah penghujung perjalanan saya di Pusat Kebudayaan USIM Dan pada waktu itu saya masih tidak percaya yang saya mampu untuk sampai ke tahap itu. Galakan pegawai-pegawai dan rakan-rakan di Pusat Kebudayaan yang terus mendorong saya sampai ke tahap itu, hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga khususnya kepada Pengarah Pusat Kebudayaan En. Ismail Ahmed kerana memberi ruang dan peluang serta kepercayaan kepada saya untuk menerajui kumpulan kesenian yang berada dibawah Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP), Pusat Kebudayaan USIM. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pegawai Pusat Kebudayaan USIM yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan melatih saya. Saya amat menghargai usaha mereka membantu saya meningkatkan potensi diri khususnya dalam bidang pengurusan seni. Tidak dilupakan rakan-rakan majlis tertinggi dan ketua-ketua kumpulan kelab Urus Setia Kesenian Pelajar yang bersikap tolenrasi dan bekerjasama dalam menguruskan program. Merekalah yang menjadi tulang belakang saya dan banyak membantu dalam melancarkan perjalanan program kesenian yang dianjurkan. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Pusat Kebudayaan USIM kerana memberi kepercayaan kepada saya. Saya memohon maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran saya sepanjang saya sepanjang bersama UKP dan Pusat Kebudayaan USIM. Semoga terus memberikan yang terbaik! Nur Haziq Ikhwan Mantan Pengerusi Urus Setia Kesenian Pelajar USIM BICARAMANTAN PENGERUSI URUS SETIAKESENIAN PELAJAR
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=