JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 52 PENDAFTARAN PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA Pada tahun 2018, Pusat Kebudayaan USIM telah berjaya mendaftarkan dua produk Seni Berbudaya iaitu Wacana Dalam Konsert (WAKON) dan album lagu Berikan Sakti sebagai HAK CIPTA di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). 1. WAKON secara istilah dan maksud; 1.1 WAKON merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan iaitu perkataan WA singkatan daripada wacana dan KON singkatan daripada perkataan konsert. 1.2 Gabungan dua konsep penyampaian yang disatukan iaitu medium wacana dan medium persembahan seni iaitu konsert. 1.3 Konsep wacana yang diserapkan kedalam WAKON adalah moderator, panel utama dan panel jemputan dan sesi diskusi secara soal jawab. 1.4 Konsep persembahan seni iaitu konsert yang diserapkan adalah persembahan seni dan budaya seperti teater, tarian, ensemble muzik, puisi tradisional seperti syair, nazam atau sebarang bentuk persembahan seni yang selari dengan tema atau tajuk perbincangan WAKON termasuklah set pentas dan sistem audio dan lampu. 2.1 Konsep PerlaksanaanWAKON WAKON menggabungkan konsep wacana dalam sebuah konsert seni. Konsep WAKON mempunyai gabungan seperti berikut; i. Persembahan seni budaya. ii. Persembahan visual (multimedia). iii. Diskusi ilmiah oleh panel utama dan jemputan. iv. Moderator mempengerusikan WAKON samada secara solo atau duo dalam satuWAKON. v. Audiens secara konsepnya adalah sebahagian daripada performer atau panel secara spontan (penglibatan audiens adalah digalakkan).
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=