JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 48 1. Spektrum Seni Program seni dan budaya yang menumpukan kepada pelbagai genre kesenian dan persembahan seni. Senarai program i. Malam Cinta Rasul ii. Festival Nasyid Wilayah Persekutuan iii. Spektrum Seni 1.0 iv. Ihtifal Nasyid ASEAN 2018 v. Rentak Bitara MAKUM vi. Konsert Tingginya Tidak Terlawan: Tribute to Pak Ngah vii. Pertandingan ‘Muzik Akustik Hari Kesihatan Peringkat Negeri Sembilan viii. Sembang Pohon Keranji ix. Baca Pusi Persahabatan • Spektrum Seni yang berlangsung di Panggung Seni Pusat Kebudayaan USIM menyaksikan 14 kumpulan kesenian yang mengadakan persembahan pentas terdiri daripada kumpulan muzik moden, tarian tradisional, cak lempong, deklamasi puisi, koir, vokal ensemble, dikir barat, perkusi, nasyid, seni lukis, teater dan alunan qasidah oleh kumpulan taranum. Manakala empat lagi kumpulan terdiri daripada kumpulan keushawanan mengadakan jualan produk seni seperti buku dan CD album, kumpulan seni khat tertumpu kepada pameran hasil tulisan khat serta tayangan video daripada kumpulan multimedia. • Program ini dilaksanakan bagi tujuan bagi menarik perhatian mahasiswa baharu untuk menyertai kelab-kelab kesenian USIM. 4 PENJENAMAAN PROGRAM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=