JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 47 Antara best practice yang dilakukan oleh Pusat Kebudayaan USIM sebelum memulakan tugas harian adalah ‘Awamirus Sobah’ yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud perkongsian pagi. Aktiviti yang dijalankan merangkumi perkara berikut: 1. Bacaan Al-Fatihah Bertaranum Bacaan surah Al-Fatihah menggunakan taranum bayati yang dibaca serentak oleh semua staf Pusat Kebudayaan USIM. Setiap jumaat minggu terakhir, surah tersebut akan dibaca setiap seorang bagi mempraktikan penghayatan melalui taranum bayati. 2. Doa harian Doa harian akan dibaca secara bergilir oleh kesemua staf Pusat Kebudayaan USIM. 3. Daily Dose of Knowledge (DOSE) Merupakan perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan bidang serta topik yang dapat menambah pengetahuan dan skil staf. 4. Laporan ringkas tugasan dan keluar masuk pejabat Pelaporan ringkas oleh Pengarah Pusat Kebudayaan dan keperluan tugasan serta pemakluman ringkas pergerakan harian jika berkaitan. 5. Munaqashah Merupakan perbincangan mingguan yang dipengerusikan oleh Pengarah untuk penyelarasan tugasan secara berkala yang direkodkan sebagai arahan rasmi agar tugasan dilaksanakan dengan efisien. PROGRAM PEMERKASAAN STAF

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=