JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

Tidak mudah sebenarnya bagi sebuah institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama berterusan dengan persatuan penulis dalam usaha membangunkan aktiviti kesenian. Namun begitu, Pusat Kebudayaan USIM telah menafikan kesukaran itu lalu memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dan melaksanakan aktiviti bersama PENA. Jalinan kerjasama ini sangat besar manfaatnya apabila khalayak sastera dapat diperluas dan PENA sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Pusat Kebudayaan USIM dan berharap kerjasama ini akan berterusan dalam hubungan yang bersifat simbiotik. Sejak menerbitkan sisipan khusus untuk sektor pengajian tinggi, iaitu Varsiti pada tahun 2010, Berita Harian menjalin hubungan baik dengan universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta bagi menyebarluaskan pelbagai berita mengenai warga kampus. Pusat Kebudayaan USIM merupakan antara jabatan di UA yang proaktif menyumbang artikel atau berita untuk disiarkan dalam akhbar Berita Harian, malah menjalin kerjasama dalam mengadakan aktiviti seperti bengkel penulisan kewartawanan. Dr. Saleeh Rahamad Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Fadzlena Jaafar Pengarang Gaya Hidup Jabatan Pembangunan Digital NSTP (mantan Pengarang Pendidikan BH)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=