JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
Unit Pengurusan Persembahan Seni Arohiyah Abdullah PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 21 Unit Pentadbiran Azrulaine Mohd Ariffin KETUA-KETUA UNIT Unit Pengurusan Persembahan Seni (UPPS) merupakan sebuah unit yang memberi tumpuan kepada pengurusan acara, perkhidmatan seni dan khidmat rundingan mengenai persembahan dalam sesebuah penganjuran program atau konsert yang diadakan di dalam USIM. Unit ini juga turut menguruskan latihan kesenian dengan mengunakan pendekatan Modul Seni Budaya yang telah dibangunkan oleh Pusat Kebudayaan. Di samping penyelarasan persembahan di USIM, UPPS berpengalaman menjayakan program kolaborasi bersama agensi luar seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri Sembilan, SPRM, Lembaga Hasil dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, JAKIM dan beberapa badan korporat. Selain perkhidmatan persembahan dan khidmat rundingan mengenai seni dan budaya, UPPS terlibat dalam menyediakan perkhidmatan sistem audio dan lampu untuk program kesenian yang diadakan dalam dan luar Universiti. Perkhidmatan sewaan kostum juga sering menjadi permintaan pengguna dan turut menjadi penyumbang kepada penjanaan di jabatan. Unit Pentadbiran (UP) merupakan nadi bersama tiga unit yang berada dalam Pusat Kebudayaan USIM yang bergerak seiring dalammembangunkan aktiviti Seni Berbudaya. UP bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran seperti pengurusan kewangan, urusan surat menyurat, dan pengurusan Mesyuarat Pentadbiran serta Munaqashah Mingguan (Mesyuarat Mingguan). Turut terlibat dalam penyelarasan Program Pemantapan Organisasi (O-PRO) serta penyediaan kelengkapan dan prasarana kerja serta fasiliti seni yang kondusif. Dalam mempertingkatkan penjenamaan Pusat Kebudayaan USIM serta kompetensi kakitangan, Unit Pentadbiran telah menyelaras amalan perkongsian pagi sebelum memulakan tugasan iaitu Awamirus Sobah. Amalan tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah secara taranum bayati dan diikuti dengan bacaan doa. Selepas itu perkongsian ilmu pengetahuan yang dinamakan Daily Dose Of Knowledge (DOSE) yang membolehkan setiap kakitangan menyampaikan pengetahuan umum melalui tajuk yang dipilih dan seterusnya perbincangan tugasan dan pergerakan harian kakitangan dan Pengarah. Dalam setiap gerak kerja pentadbiran, UP sentiasa mencari pembaharuan agar misi PK USIM sebagai Peneraju Seni Berbudaya tercapai dan menjadi rujukan di peringkat Universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=