JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 20 UNIT Unit Pembangunan Aktiviti, Multimedia dan Keusahawanan Mohamad Akmal Razali (Timbalan Pengarah) “Mereka yang berjaya adalah mereka yang selalu menciptakan perkara baru serta mencari cara untuk membuat peningkatan” – Mark Zuckerberg. Dalam mendepani cabaran revolusi perindustrian, Unit Pembangunan Aktiviti Multimedia & Keusahawanan (UPAMK) menggariskan tiga peranan utama. UPAMK berperanan memastikan aktiviti tahunan berimpak tinggi (showcase) dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti PK USIM perlu mempunyai dokumentasi visual dari segi foto dan multimedia yang sempurna. UPAMK terlibat secara langsung dalam usaha pengembangan jualan produk Seni Berbudaya dan aktiviti promosi agar produk seni semakin dikenali. Justeru itu, dua (2) bentuk inovasi telah diwujudkan iaitu LeadsTV@USIM dan KedaiBudaya.com bagi mendokong peranan UPAMK. LeadsTV@USIM ialah sebuah laman interaktif baharu yang menggunakan platform YouTube TV dilancarkan bagi menginspirasikan masyarakat melalui pendekatan Seni Berbudaya. LeadsTV@USIM mengandungi empat (4) segmen iaitu Leads Iqra’, Leads Budaya, Leads Inovasi dan Leads Komuniti. Kedaibudaya.com pula merupakan sebuah inovasi platform e-commerce atau medium perniagaan atas talian yang bertujuan untuk mempromosi dan jualan produk Seni berbudaya Pusat Kebudayaan USIM. UPAMK turut bertanggungjawab menyelia dan mengemaskini medium media seperti Website, Facebook, Instagram dan Youtube rasmi bagi memastikan penyampaian maklumat pusat sentiasa dihadapan. Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif Rozihani Mohamad Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif (UPDPK) sentiasa berusaha untuk menerajui perekodan dan mempunyai satu sistem dokumentasi yang baik. Bermula dengan penyimpanan senarai aktiviti tahunan, penulisan berita program PK, perekodan data pencapaian, jumlah penglibatan peserta dan kemahiran insaniah pelajar melalui 7 elemen, dokumentasi pengeluaran akhbar di media cetak dan secara online serta kos penjenamaan USIM di media melalui berita yang memaparkan aktiviti Seni Berbudaya USIM. Kini UPDPK melebarkan skop fungsi ke arah penerbitan produk berbentuk cd album dan buku hasil karya kreatif Karyawan Seni USIM, Sasterawan Negara dan mahasiswa dan karya kreatif PK sendiri. Dalam meningkatkan penjenamaan PK, UPDPK juga membantu melalui reka bentuk poster, e-kad, sijil dan infografik program. Pada tahun 2018 dua produk PK telah berjaya didaftarkan sebagai hak cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Kini UPDPK sedang dalam usaha menambah empat lagi pendaftaran beberapa jenama produk PK di MyIPO. Di samping berfungsi menyimpan arkib jabatan, UPDPK juga sentiasa berusaha menambah direktori kepakaran tokoh tanah air dalam pelbagai bidang kerana dengan cara meluaskan perkenalan dan jaringan sudah pasti ilmu kita akan bertambah dan data pengetahuan kita meningkat. KETUA-KETUA
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=