JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 19 memberi ruang kepada pelajar mengimarahkan lagi sastera di kampus. Walaupun baru ditubuhkan beberapa tahun namun KHUPAS telah mencatat kejayaan membanggakan diantaranya apabila memenangi Naib Johan Sayembara Puisi Universiti Awam (MAKUM), Juara dan tempat ketiga Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja DBP 2016 dan tempat ketiga sayembara yang sama pada tahun 2017. Kini Pusat Kebudayaan USIM bukan sahaja terlibat dengan aktiviti sastera seperti baca puisi dan program Sembang Pohon Keranji malah turut menerbitkan beberapa buah buku puisi dan yang paling menarik ialah menerbitkan sebuah buku peribahasa bertajuk Jendela Bijaksana yang disunting oleh Sasterawan Negara ke-6 Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh pada tahun 2018. Perkembangan Aktiviti Sastera dan Rasa Syukur… Kegiatan sastera saya seterusnya berkembang dengan penerbitan album lagu puisi Berikan Sakti yang memuatkan 9 buah lagu puisi yang sarat dengan mesej kepada masyarakat. Kegilaan semakin terpancar dalam penerbitan Berikan Sakti apabila saya sedaya upaya mencurah segala ilmu bukan sahaja sebagai penyanyi malah turut bertindak sebagai komposer, penulis puisi, jururakam bunyi, pemuzik malah susunan muzik juga hasil ispirasi karya dan ilhamku. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fauzi Marzuki dan SISO Kopratasa yang banyak menyumbang kepakaran dan nasihat dalam menjayakan album pertama saya. Ada ketika rakan-rakan berkata saya bukan berlari dalam aktiviti puisi malah mungkin terbang ke langit dunia sastera. Puisi khususnya lagu puisi telah memberikan saya pengalaman yang luar biasa. Program Deklamasi Puisi ASEAN, Festival Syair Nusantara, Program Sang Perjalanan SM Zakir, Ziarah Karyawan dan Malam Baca Puisi PENA, Konvensyen Penyair Dunia dan beberapa lagi akan kekal dalam lipatan kenangan dan iltizam yang akan mekar dengan segunung usaha yang tidak bernoktah. Sebenarnya kadangkala perasaan berasa bercampur-baur, ada ketika rasa malu kepada Tuhan yang selalu mendengar doa marhaenis seperti saya dan ketikanya sangat bersyukur. Kejayaan sentiasa mengiringi kehidupan walaupun tidak dinafikan kepahitan lebih mengajar erti manisnya kejayaan. Pengalaman dikalungkan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N) amat istimewa. Selain itu, saya memenangi Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti- universiti Awam (MASTI), Anugerah Pegawai Profesional Terbaik USIM, Top 5 Anugerah Hari Pekerja-CUEPACS, Anugerah Libatsama Komuniti (2008, 2010, 2011 & 2014) Anugerah Penggerak Seni UKM (1998, 1999 & 2000) dan Pengarah Terbaik Pekan Teater Selangor. Kesungguhan staf Pusat Kebudayaan USIM turut terbalas apabila USIM dipilih sebagai universiti terbaik dalam pencapaian dan aktiviti seni budaya menerusi kemenangan meraih Anugerah Gong Kencana MAKUM baru-baru ini. Terkini saya baru sahaja meluncurkan Buku Rumah Fikir yang menghimpunkan semua anekdot khusus buat menginspirasikan insan lain. Alhamdulillah. Menamatkan bicara dengan harapan dan doa… Sebaris kata- kata buat generasi muda, penyair menulis dengan mata pena yang berdarah dengan ilham, segunung kertas pun tidak akan mampu menampung aksara yang mengalir keluar. Penyair menulis setelah sukmanya disentuh dengan kehidupan yang terbentang menjadi guru yang sangat setia mengilhamkan puisi- puisi indah. Kehidupan bukanlah sekadar tentang diri kita. Selama menghela nafas ini, sentiasalah bersyukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat yang melimpah. Apalah erti bertuhan jika tidak mengenal syukur diberikan roh, jasad, akal fikir dan inspirasi kerana dengannya kita akan mengenal jalan lurus sewaktu tubuh bertemu jodoh kelak. Wallahua’lam. Akhirulkalam, saya percaya menginspirasikan orang lain seperti mengetuk pintu akal fikir dan memberinya sejambak bunga. Sebagai manusia, kehidupan kita saling perlu melengkapi kepada insan lain. Menulis puisi adalah satu manifestasi pemikiran untuk berkongsi dan jika dapat menginspirasikan insan lain, saya bersyukur kepada Tuhan. (Petikan dari Dewan Sastera Bil. 10 2018) Adiwangsa Sukma Cuma hati kecil ini agak terguris apabila sesetengah orang Melayu memandang sinis hal-hal yang berkaitan dengan pakaian tradisional dan jati diri yang berkaitrapat dengan semangat bangsa Melayu. Ismail Ahmed (A.M.N) Pengarah Pusat Kebudayaan USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=