JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 18 beberapa penyair tersohor di antara yang paling disenangi adalah Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Dr. Lim Swee Tin dan beberapa nama lagi. Penghujungnya mimpi seorang marhaenis seperti jatuh ke riba. Pada tahun 2016, buku kumpulan puisi saya yang pertama lahir yang dinamakan Garizahku Buat Maharani yang merupakan terbitan Penerbit USIM, Pusat Kebudayaan USIM dan Institut Terjemahan Buku Malaysia. Tajuk buku Garizahku Buat Maharani saya hadiahkan kepada isteri. Garizah cinta kepada isteri telah dizahirkan seperti didalam bait-bait puisi Garizahku Buat Maharani; …doaku setiap sangkala buat nilakandiku yang telah kupinang dengan hati bismillah aku cinta kamu isteriku maharaniku ini garizahku... Cerita Tanjak dan Semangat Melayu Tidak dinafikan selain muzik dan puisi, saya memang sukakan fesyen terutamanya yang mengabungkan ciri tradisional dan kontemporari. Bagi saya, seorang lelaki Melayu tidak harus memisahkan dirinya dengan tanjak atau tengkolok. Ketampanan dan keyakinan saat menyarung tanjak di kepala sukar untuk digambarkan. Luar biasa. Kadangkala mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa rakan strategi Pusat Kebudayaan USIM pun saya akan bertanjak. Satu perkara yang saya belajar tentang tanjak, bukan semua bentuk rekaan sesuai dengan raut wajah kita. Saya beruntung apabila pembuat tanjak yang dipakai adalah insan yang sama menghasilkan tanjak untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad ke-V. Sehingga kini saya mempunyai koleksi tanjak lebih daripada 15 unit dengan pelbagai rekaan kreatif. Terima kasih Putra Fairuz Al-Hussien. Cuma hati kecil ini agak terguris apabila sesetengah orang Melayu memandang sinis hal-hal yang berkaitan dengan pakaian tradisional dan jati diri yang berkaitrapat dengan semangat bangsa Melayu. Kesedihan ini saya gambarkan dalam petikan puisi Leksikologi Pendekar; Bangsaku...selaklah lipatan sejarah dan kenangan realitinya leksikal kependekaran telah pudar semalam tidak akan mendepani hari esok jika hanya berbekal akar yang artifisial dan mundur akal melarat bersandiwara mendukung jatidiri sehinggakan keris ditangan yang digenggam erat masih menghunus seperti barang permainan dan tontonan falsafahnya dah lama diawetkan jadi pameran. Mengenali Sosok Hebat Di Alam Puisi Program Sembang Pohon Keranji yang diadakan di kediaman Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh telah membuka peluang buat saya mengakrabi keilmuan dan akal budi kerabat sastera dengan lebih meluas lagi. Sungguh bagai dikata, insan berilmu seperti sasterawan negara tentunya mempengaruhi alam sekelilingnya terutamanya orang baru seperti aku. Apatah lagi nama- nama seperti Mohd Khair Ngadiron, Roslan Madun, Dr. Saleeh Rahamad, Dr. Ibrahim Ghaffar dan beberapa lagi rakan-rakan penyair turut hadir mengisi ruang-ruang keilmuan buat seorang marhaenis yang bernama Adiwangsa Sukma. Alhamdulillah. Dampak warna-warni keilmuan dan keramahan rakan-rakan penyair, saya telah mengembangkan bidang sastera di USIM. Penubuhan Kumpulan Penyair Nasional atau KHUPAS pada tahun 2016
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=