JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM

Rahmat Tuhan sangat besar dan dengan takdirnya saya kini memegang amanah sebagai Pengarah Kebudayaan selain mengasah minat sebagai seorang komposer, penyair, penyanyi lagu puisi, penerbit program dan penggubah muzik. Pusat Kebudayaan kini mengembangkan aktiviti pelajar dengan menubuhkan Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar dan dibawahnya terdapat 17 kumpulan kesenian di antaranya seperti Koir, Nasyid Kontemporari, Teater dan banyak lagi. Pada tahun 2014 saya telah menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang seni persembahan 2 tahun kemudian. Sepanjang pengajian saya turut menyumbang penulisan ilmiah di dalam Jurnal Melayu terbitan UKM dengan menumpukan kepada unsur-unsur sinkretik di dalam Lagu Melayu Asli. Selesai pengajian di UKM minat kepada sastera terutamanya genre puisi moden mula bercambah sehingga mendorong saya mengembara lagi. Saya bertuah bertemu Syed Indera Syed Omar atau dipanggil abang SISO yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Kopratasa. Saya masih mengingati kali pertama diperkenalkan ke dunia kepenyairan pada tahun 2015 semasa menghadiri program Ziarah Karyawan dibawah kepimpinan pengarah filem tersohor Tuan Yassin Salleh. Beliau adalah insan pertama yang menyapa dan meramahi saya sepanjang program puisi pada malam itu walaupun ibarat wong baru di dalam mujtamak sastera dan sehingga kini beliau adalah di antara sosok nama yang sangat saya hormati. Bermula dari saat itu saya mula menulis puisi sebagai mengizhar dengan lebih jauh kehadiran ke dunia puisi tanah air. Walaupun tidaklah begitu mahir, saya sentiasa cepat belajar dan memandang ke depan. Memegang kata-kata semangat Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh yang menulis; “buah pertama dari dusun terbaik pun agak buruk, tapi semua pohon harus belajar berbunga dan berbuah yang termanis, dan semua ini memerlukan tahap- tahapnya dan waktu yang meregang usia” petikan Sehelai Surat Saujana (2012). Sebagaimana petikan itu, begitulah saya dan penggembaraan dunia puisi. Setiap hari yang terluang saya akan menulis puisi di mana sahaja sambil mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar SISO Kopratasa dan rakan-rakan penyair lain. Kerap juga saya mengunjungi Syed Amran Syed Omar, penyanyi lagu Selamat Malam Rohingya di tempat buskingnya di Selangor Mansion. Selain itu, saya turut mengakrabi PENA PENGARAH PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 17 Mengukir Sebutir Nama Adiwangsa Sukma di Kanvas Sastera Hidup adalah perjalanan yang membuka setiap pintu dengan keputusan yang berbeza… Kehidupan adalah tentang keputusan yang kita pilih dan keberanian untuk menempuh cabaran yang menunggu. Setiap penghijrahan menjadikan kita lebih buruk atau lebih cemerlang pada akhirnya. Namun jauh di sanubari tersemat impian seorang marhaen yang sentiasa mencari rahmat-Nya. Semuanya tercatat di kanvas puisi Hijrah Seorang Pengutip Sampah ini: Tuhan sangat jujur walaupun aku lahir daripada perut kemiskinan dilanyak duga dan kepayahan malah merasa terhina dengan kesusahan sehingga aku sering merasa cemburu dengan kehidupan betapa ujian ini telah meratah seluruh daya menungan seorang marhaenis yang lemah dan acap bertemu jalan- jalan kebuntuan..

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=