JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
Saban hari dan setiap tahun pasti ada perkara baharu yang kita temui. Tahun 2018, Pusat Kebudayaan USIM telah mencorakkan keindahannya tersendiri dengan membina jaringan yang lebih luas. Pusat Kebudayaan USIM sinonim dengan penganjuran Sembang Pohon Keranji (SPK) yang diadakan sejak tahun 2016. SPK adalah program mengembangkan minda fikir yang membuahkan idea, pemikiran, penyatuan dan perkenalan antara penggiat seni sastera, karyawan dan budayawan tanah air. Lokasi di kediaman Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh yang penuh kehijauan memberi rasa cukup indah dan sejuk mata memandang. Pengurusan tertinggi USIM hadir sambil memakai baju kemeja-T SPK dan berseluar polos termasuk tetamu lain yang hadir juga memakai baju yang sama menjadikan perbualan dan pertemuan tersebut lebih santai dan mudah. Tiada jurang kedudukan dalam urusan sastera. Di sini juga mereka bersajak, menyanyikan lagu puisi dan bersyair di samping perkongsian tentang ilmu sastera oleh Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Rakan taulan hadir dari pelusuk destinasi dan di sini juga terbina perbincangan, pandangan dan penerimaan kepakaran dan akhirnya wujud kerjasama dalam pelaksanaan program. Orang melayu tidak boleh lari daripada peradaban sopan santun untuk memberi hidangan kepada tetamu. Di SPK, wujudnya keunikan dari segi hidangan. Kuih seperti lepat pisang, akok, pengat pisang, cucur udang, kuih koci antara juadah penyedap rasa. PK USIM sentiasa mencari kelainan agar SPK menjadi medan tebaran jaringan dalam bidang seni sastera. Selain itu, 2018 PK USIM membuka tirai interaktif baharu LeadsTV@USIM yang yang menggunakan platform Youtube TV. LeadsTV@USIM dilancarkan bagi tujuan memberi hebahan dan rujukan kepada masyarakat tentang aktiviti PK USIM. Selain itu, ia juga sebagai salah satu metod jaringan PK bersama komuniti seni, alumni, kenalan dan rakan strategik yang setia mengikuti perkembangan PK. Episod Pesona Figura menampilkan beberapa karyawan seni dan tokoh serta mereka yang pakar dalam bidang tertentu untuk berkongsi pengalaman dan cetusan idea dalam menginspirasikan masyarakat. Leads@TVUSIM mengetengahkan empat segmen iaitu Leads Iqra, Leads Komuniti, Leads Budaya dan Leads Inovasi. Impak daripada LeadsTV@USIM ini, PK USIM dapat mengeratkan lagi silaturahim dan jaringan kerjasama menerusi beberapa program selepas itu. Penerapan Seni Berbudaya tidak hanya tertumpu kepada manfaat secara luaran seperti keberasamaan dan kolaborasi dalam menjayakan sesebuah acara atau program. Namun ianya dilihat dari segi bagaimana hubungan tersebut dikekalkan dan ingatan kita kepada teman dan rakan yang pernah kita berhubung. Menjaga hubungan memberi manfaat kepada kita bersama. Berkaitan hubungan silaturahim Nabi s.a.w juga pernah bersabda: “Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkan hubungan silaturahim (dengan ihsan”). (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Membina Jaringan, Menyumbang Manfaat PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 16 SIDANG EDITORIAL Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadirat Allah SWT kerana dapat bertemu di Jendela Gemilang yang memasuki siri penerbitan kali ke-6. Jauh berjalan luas pemandangan. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak kenalan kita. Tidak rugi jika kita ramai kawan. Dunia ini juga tiada sempadan. Lebih jauh kita merantau maka lebih banyak kita belajar sesuatu. Ilmu juga tidak hadnya untuk kita pelajari. Setiap dari kita mempunyai kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Anugerah yang dikurniakan tentunya harus dikongsikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Rozihani Mohamad Ketua Unit Unit Pengurusan Dokumentasi dan Penerbitan Kreatif
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=